ISU RAWATAN DIALISIS: TERKILAN DAN SEDIH DENGAN JAWAPAN PERKESO

26
SHARES
287
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong

Mungkin ramai yang membayangkan bahawa arahan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mengenakan syarat baru menafikan pencarum daripada rawatan dialisis percuma, akan diteliti atau ditarik balik.

Tetapi lihatlah respon PERKESO ini…

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/03/with-rising-costs-socso-says-cant-be-sole-dialysis-provider/

Saya rasa amat terkilan dan sedih dengan jawapan daripada Timbalan CEO PERKESO yang dilihat sudah hilang sifat penyayang dan tidak berperikemanusiaan ini.

Apa sudah jadi dengan PERKESO sejak Malaysia ditadbir kerajaan baru Pakatan Harapan?

Sedangkan sebelum ini, PERKESO dilihat beroperasi dengan begitu baik.

Pada tahun 2017 misalnya, iaitu sebelum PH ambil alih pucuk pemerintahan, PERKESO telah membuat bayaran faedah sebanyak RM3.2 bilion kepada penerima yang layak, meningkat daripada RM2.9 bilion pada 2016.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380625/perkeso-bayar-faedah-rm32-bilion/amp

Sekian lama PERKESO sanggup bayar demi kebajikan warga pekerja dan kenapa tiba-tiba kebajikan pencarum diabaikan begitu sahaja di bawah Malaysia Baharu?

Adakah PERKESO kini hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata?

Sudah lupa objektif sebenar PERKESO?

Sudah lupa bahawa berdirinya PERKESO hari ini adalah hasil sumbangan puluhan juta pencarum setiap bulan?

Sedarkah pihak PERKESO bahawa mereka yang pernah mencarum PERKESO terpaksa menjalankan rawatan serta-merta apabila mereka disahkan menghidap penyakit buah pinggang?

Sekiranya mereka tidak mampu, maka pencarum PERKESO itu akan mati akibat kekangan dana!

Kalau PERKESO minta badan lain pula menanggung kos rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang yang merupakan pencarum, saya anggap ianya satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Lihat Laporan Tahunan PERKESO 2017, mana mungkin 16,321 orang pencarum PERKESO yang menjalankan rawatan dialisis yang menelan perbelanjaan RM215.81 juta (setakat 31 Dis 2017) akan memufliskan PERKESO? Ia sekadar 9.14 peratus daripada jumlah bayaran faedah kepada pencarum.

Takkan golongan profesional PERKESO tidak dapat mencari kaedah lain untuk menambah sumber kewangan PERKESO melalui pelaburan strategik yang membawa keuntungan?

Saya cadangkan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah dan golongan profesional dalam PERKESO yang begitu prihatin tentang keuntungan supaya segera berundur dan menyertai syarikat GLC yang memperolehi keuntungan besar dalam operasi perniagaannya.

Oh ya. Sehingga hari ini, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran tidak membuat sebarang komen tentang isu ini.

Kenapa Menteri berdiam diri? Sila baca Infografik Pendapatan & Perbelanjaan PERKESO setakat 31 Disember 2017, jelas menunjukkan bahawa pendapatan lebih daripada perbelanjaan. Apa maksudnya?

Mana mungkin PERKESO muflis dan mengalami kerugian besar dalam Penyata Kewangannya? Mengarut sahaja!

Jangan lupa, PERKESO baru sahaja membelanjakan RM500 juta untuk membina sebuah Pusat Rehabilitasi yang canggih di kawasan Parlimen Menteri iaitu di Ipoh Barat.

Kenapa misi menyelamatkan pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang dipandang remeh?

Menteri Sumber Manusia jangan membisu lagi!

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1502787196555446&id=1002345083266329

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan