BINCANG DAN BAHAS SEGALANYA DALAM MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI – DR. NOVANDRI

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Kita bagi pandangan masing-masing tentang isu ‘kerajaan pintu belakang’. Kerana ianya pasal kerajaan, sesiapa berhak untuk bersuara.

Tapi apapun, keputusan akhirnya masih berkisar dalam parti politik itu sendiri. Selain daripada input warga netizen yang sangat berpengaruh dalam socmed, parti UMNO punyai Perlembagaan parti yang perlu dirujuk sebelum buat sebarang keputusan besar.

FASAL 10

TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

10.1 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.

10.16 Mengambil sebarang langkah bagi kesempurnaan perjalanan parti.

Kita minta ahli-ahli MT hadir dan tunaikan tanggungjawab dalam Fasa 10 ini. Jangan tidak hadir pula dan kemudian buat posting yang bukan-bukan. Spend time walaupun lama. Bincang, bahas dan bertegang leherlah dalam bilik mesyuarat tetapi biar dalam bilik sahaja.

Dan seperti yang saya katakan sebelum ini, jika ada perubahan besar dalam polisi parti, ia perlu dibincang dalam mesyuarat MT dan keputusannya tertakluk kepada suara majoriti perwakilan bahagian akar umbi melalui satu Mesyuarat Khas.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,

Saranan saya, kita bawalah segala lamaran itu ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti. Bincangkan. Bahaskan. Dengan mendalam, dengan sejujur-jujurnya.”

Saya setuju bahawa semuanya ini penting supaya parti tidak terperangkap dalam permainan politik pihak-pihak tertentu dan UMNO tidak berpecah-belah hanya kerana terlalu cepat menerima lamaran yang sebenarnya masih samar-samar dan sarat dengan tanda tanya.

Jika begitu pentingnya perbincangan pelbagai peringkat dalam parti, apakah seterusnya?

1. Adakah dengan mesyuarat di peringkat UMNO bahagian dan sesi penjelasan dengan ahli-ahli UMNO peringkat cawangan?

2. Apakah keputusan semua peringkat UMNO bahagian ini yang akan dikira dan dibincang semasa mesyuarat peringkat UMNO negeri?

3. Apakah keputusan Mesyuarat peringat UMNO negeri itu yang akan dibentangkan semasa Mesyuarat peringkat MT sebelum keputusan akhir?

Bagaimana pula dengan Perhimpunan Agung Khas seperti Fasa 8?

FASAL 8

PERHIMPUNAN AGUNG

8.5 Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut:

8.5.1 Dengan kehendak Presiden.

8.5.2 Dengan permintaan bertulis dari pada 2/3 Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

8.5.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/2 daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

8.5.1 atau 8.5.2 atau 8.5.3 perlu ada dahulu sebelum wujud Pehimpunan Agung Khas. Memang afdal jika ia diadakan.

Jika tiada, perubahan polisi besar UMNO sepatutnya diputuskan di peringkat MT. Itupun setelah ambil kira feedback daripada UMNO peringkat negeri (yang dapat feedback daripada UMNO peringkat cawangan dan Bahagian).

Dan seperti termaktub dalam Fasa 10, tanggungjawab MT ialah keputusan akhir ‘mesti sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO dan bagi kesempurnaan perjalanan parti’ bukannya kepentingan peribadi atau berpuak-puak demi diri dan kumpulan sendiri.

Presiden UMNO juga berikrar sebarang perundingan bagi pihak BN-UMNO harus dibuat secara end bloc iaitu ‘collectively‘ atau ‘all together‘.

Maksudnya, tiada yang akan ditinggalkan. Kalau mahu, terima semuanya. Perkara ini sangat penting kerana sejarah membuktikan parti UMNO berpecah belah kerana pemimpin-pemimpinnya sendiri bukan ahli akar umbi dan rakyat!

Esok?

Saya jangka akan panas. Hendak juga hadir dan tengok sendiri suasananya.

Semua MT mesti hadir walau tegang macamanapun. Jangan jadi ‘ArmanjaPanjatPagar’ yang lari dan kemudiannya merungut dalam socmed.

Ada beberapa kemungkinan:

1. Perbincangan akan diteruskan dan melibatkan peringkat lain supaya inklusif bukannya eksklusif.

2. UMNO buat keputusan menyokong Mahathir pegang jawatan PM untuk satu penggal.

3. Fokus Muafakat Nasional, kuatkan UMNO dan BN untuk PRU-15.

4. Jika semua UMNO peringkat negeri sudah ada keputusan semua mesyuarat UMNO peringkat bahagian, esok adalah harinya.

5. Mula bincang syarat-syarat lamaran.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts