UMMAH BANTAH, SERAH MEMO PPSMI KEPADA PERDANA MENTERI

451
SHARES
2.4k
VIEWS

UMMAH bersama pejuang pendidikan dan bahasa, NGO serta wakil-wakil parti politik akan mengadakan bantahan dan menyerahkan memo membantah PPSMI di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Bantahan ini akan diadakan pada  hari Jumaat 7 Februari, jam 2 petang bermula di Masjid Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri.

Bantahan ini akan diketuai oleh Prof. Dato Dr. Awang Sariyan bersama pejuang pendidikan dan bahasa, NGO serta wakil parti politik.

UMMAH menyeru semua pihak yang cintakan Bahasa Melayu sebagaimana peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 550, 1996 dapat bersama-sama mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memartabatkannya sebagai bahasa ilmu.

Mohd Zai Mustafa

Pengerusi UMMAH

Ketua Eksekutif MAPPIM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts