NAJIB DAN DATUKSHIP

2.7k
SHARES
15k
VIEWS

Hari ini, Puan Nor Salwani iaitu saksi kes 1MDB yang bertanggungjawab menyembunyikan DRAF LAPORAN AWAL audit syarikat berkenaan telah mendapat gelaran Datuk daripada YDPA [1]. Maka keluarlah ulasan warga maya bahawa jika DSN masih Perdana Menteri, usahkan nak dapat Datuk, malahan mungkin Puan Salwani akan disimen / dibom seperti individu tertentu. 

Saya senyum sahaja dengan persepsi bodoh seperti ini. Maka biarlah saya bercerita tentang satu kisah seorang wanita yang pernah ‘melawan’ DS Najib ketika beliau masih Perdana Menteri.

Ketika SRC International hendak ditubuhkan pada 2010, 1MDB telah memohon pinjaman sebanyak RM3 bilion daripada kerajaan sebagai modal permulaan syarikat tersebut.

Arahan telah diberikan sendiri oleh DSN sebagai Menteri Kewangan kepada TS Nor Mohamed Yakcob (Menteri Jabatan Perdana Menteri) agar permohonan tersebut dinilai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Datuk Noriah Ahmad sebagai Ketua Pengarah EPU kemudiannya mengarahkan Dr Kamariah Noruddin selaku Pengarah Seksyen Tenaga EPU ketika itu untuk membuat penilaian dan mencadangkan langkah-langkah lanjut kepada Perdana Menteri.

Dalam perbicaraan yang berlaku pada Mei tahun lepas, Dr Kamariah mengakui berasa ‘serba salah’ untuk membuat analisa memandangkan permintaan ini datang daripada bos tertinggi beliau – Perdana Menteri.

Tetapi atas integriti dan profesionalisme penjawat awam, Dr Kamariah kemudiannya telah membuat syor agar permohonan itu ditolak dan hanya dana RM20 juta diberikan sebagai modal permulaan SRC International.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang mungkin orang PH tidak akan percaya.

Syor Dr Kamariah telah dibawa kepada Perdana Menteri dan beliau mengikuti sepenuhnya syor tersebut TANPA SEBARANG SOAL JAWAB LANJUT.

Apa pula yang berlaku kepada Dr Kamariah? Kena bunuh? Kena bom? Diturunkan pangkat?

No.

Pada 21 Ogos 2017, beliau dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah (Makro) EPU dengan gred Jusa A.

Pada tahun yang sama juga, beliau dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Jadi saya minta maaf kepada orang-orang PH kerana merosakkan mood bodoh anda semua.

Tapi ya lah, awak semua bukan cerdik mana pun.

Draft awal dengan laporan asalpun tidak boleh nak beza.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan [1]:

https://m.malaysiakini.com/news/509187

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts