MEMANG PERANGAI DAP SUKA MENGUGUT

1.7k
SHARES
2.7k
VIEWS

Terbaru tular di media sosial Malaysiakini 29 Jan 2020, kenyataan Nga Kor Ming yang jelas mengugut kerajaan supaya mengikhtiraf UEC dan jika tidak DAP ugut keluar dari kerajaan, namun sebelum diedit kenyataannya itu, beliau menyebut mahu keluar dari Pakatan Harapan.

2. Kenyataan penuh biadab ini jelas menunjukkan keceluparan beliau bukan hanya bertujuan mengugut Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir supaya akur pada desakannya supaya UEC diiktiraf tetapi ianya juga membuktikan bahawa kaum kiasu cauvinis yang majoritinya berada di dalam DAP tidak pernah langsung menghormati sensitiviti orang Melayu apabila beliau mengangkat agenda “kecinaan” dalam negara ini.

3. Kenyataan beliau memperlihatkan kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Melayu Islam betapa beliau dan DAP hanya ingin melihat “kecinaan” tertegak di Malaysia.

4. Ugutan Kor Ming ini menunjukkan prinsip yang dipegang oleh beliau dan DAP itu lebih tinggi daripada keharmonian kaum yang telah dikecapi dalam negara sejak Merdeka, apabila bangsa Melayu rela menerima kerakyatan bangsa mereka secara besar-besaran.

5. MUAFAKAT sejak dahulu konsisten menolak UEC, kerana ia memperlihatkan bangsa Cina tidak mahu berusaha menguasai sistem berkaitan pendidikan yang telah diterimapakai dalam negara. Kesan jangka panjangnya memudaratkan kerana perpaduan rakyat tidak akan tercapai sekiranya bangsa Cina tidak memahami asas-asas negara ini.

6. Sekarang ini di Parlimen sendiri sudah ada beberapa wakil rakyat tidak fasih berbahasa Melayu dan paling memalukan apabila Peguam Negara langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Kedangkalan apakah ini?

7. Dalam isu DAP mengugut mahu keluar PH atau kerajaan, bagi MUAFAKAT tidak ada bezanya, ianya hanyalah modal lapuk bagi mereka yang sudah ketandusan idea bermain muslihat politik. Ia alasan taraf kebudak-budakkan sama seperti budak sekolah rendah ugut apabila rakan sebaya tidak mahu memberi ruang main guli bersama.

8. Agak pelik juga apabila kenyataan sedemikian keluar dari mulut seorang Speaker Dewan Rakyat. Selain itu ugutan Kor Ming itu adalah masalah dalaman dalam PH yang tidak perlu diambil peduli, sama ada DAP mahu keluar PH atau mahu keluar kerajaan, bagi MUAFAKAT sama sahaja. Mereka adalah sampah-sarap yang harus disapu keluar dari rumah.

9. MUAFAKAT tegas dan mendesak kerajaan supaya jangan tunduk kepada desakan DAP mengiktiraf UEC. Pengiktirafan itu nanti akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai perbuatan khianat kepada negara, agama dan bangsa Melayu.

Jangan sesekali akur kepada agenda “kecinaan” keturunan pendatang yang mahu menghapuskan kedaulatan “kemelayuan” penduduk asal rantau nusantara ini.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ahli PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts