UMMAH CABAR DAP KELUAR DARIPADA KERAJAAN DALAM MASA 7 HARI, YAKIN TUN MAHATHIR TOLAK IKTIRAF UEC

1.1k
SHARES
6k
VIEWS

UMMAH mencabar Nga Kor Ming dan DAP supaya keluar dengan segera daripada kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir dalam masa 7 hari sekiranya benar-benar ‘gentleman‘, kerana UEC sudah pasti akan ditolak untuk diiktiraf oleh Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan.

UMMAH yakin Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan akan sentiasa menjaga dasar-dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara daripada dicampur aduk dengan sistem pendidikan yang lain.

UEC adalah sistem peperiksaan asing yang dikendalikan oleh pertubuhan Dong Zong yang rasis, anti nasional dan perpaduan kaum yang membawa agenda negara tanah besar China dan Taiwan dalam pendidikan SMPC, yang sangat bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.

UMMAH tetap yakin berdasarkan maklumat yang jelas diperolehi oleh PPDUEC daripada pelbagai pihak, maka UEC tidak akan diiktiraf dalam sistem peperiksaan pendidikan negara kita.

UMMAH menyokong penuh pendirian Tun Mahathir bahawa UEC , SMPC dan dan Dong Zong adalah pertubuhan pendidikan yang rasis, anti nasional dan hanya mementingkan kaum Cina sahaja tampa mengambil kira hak-hak kaum lain yang majoriti dalam negara ini.

Mohd Zai Mustafa

Pengerusi UMMAH

Ketua Eksekutif MAPPIM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts