PERKASA MENGALU-ALUKAN DAP KELUAR PAKATAN HARAPAN

939
SHARES
4.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA

29 Januari 2020

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengalu-alukan hasrat DAP keluar Pakatan Harapan jika kerajaan tidak iktiraf UEC sepertimana yang dinyatakan Nga Kor Ming.

Sepatutnya Nga berikan tempoh waktu untuk kerajaan umum terima UEC. Jangan ugut kosong. Ugut dengan beri tempoh tarikh dan masa baru betul beri kata dua namanya. PERKASA mahu berhimpun tanda gembira DAP keluar PH pada tarikh yang ditetapkan.

Jika kerajaan tunduk dengan ugutan Nga atau DAP ini, seterusnya mengiktiraf UEC, Kerajaan PH akan kami pastikan menjadi kerajaan sepenggal sahaja.

PERKASA tidak hairan dengan ugutan DAP ini. Apa yang PERKASA hairankan  ialah jika pimpinan Melayu PH tunduk dan akur dengan ugutan pemimpin DAP tersebut.

Sepatutnya bukan UEC sahaja tidak diiktiraf, malah semua sekolah vernakular ditutup dan hanya sekolah satu aliran sahaja yang perlu wujud dalam negara ini.

Malaysia sudah menjadi lawak jenaka, apabila pemimpin-pemimpin negara menggesa rakyat berbilang kaum perlu hormati kaum lain dan tidak membuat kenyataan sensitif yang boleh mengguris perasaan kaum lain serta menyeru menguatkan perpaduan antara kaum, tetapi dalam pada masa yang sama, kerajaan mengasing-asingkan kanak-kanak sekolah mengikut kaum masing-masing.

Hendak ada perpaduan bagaimana jikalau dari kecil lagi sudah diasing-asingkan sekolahnya mengikut bangsa? Bukankah itu lawak namanya?

Seperti mana resolusi Meja Bulat PERKASA dalam isu UEC pada tahun 2017, PERKASA tegas menentang usaha pengiktirafan UEC oleh kerajaan.

Mengiktiraf UEC pastinya melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts