LAPORAN TERKINI WHO MENGENAI CORONAVIRUS – DR. NOVANDRI

415
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

1. Merujuk kepada laporan terbaru World Health Organization (WHO) :

WHO RISK ASSESSMENT

China : Very High
Regional Level : High
Global Level : High

Rujuk:

https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200127-sitrep-7-2019–ncov.pdf?sfvrsn=98ef79f5_2

2. Setakat ini, 2798 telah disahkan. 2741 daripadanya di China. 5794 disyaki dan 80 mati. 11 negara terlibat dan 37 telah disahkan.

3. Menurut WHO, antara 37 kes yang dikenal pasti di luar negara China, 3 dikesan tanpa permulaan simptom, manakala 28 pesakit yang lain diketahui tarikhnya.

4. Majoriti kes (14 kes) menunjukkan simptom selepas mereka meninggalkan negara China. Ini yang berlaku di Malaysia apabila 4 warga China dapat masuk ke negara ini melalui negara Singapura.

5. Purata pelancong China yang masuk ke negara ini adalah 3,000-3,500 orang sehari melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor yang merupakan pintu masuk darat daripada Singapura.

6. Dengan jumlah pelancong yang besar dan WHO meletakkan risk assesment global sebagai ‘level high‘, pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan mempunyai tugasan yang amat berat untuk memastikan suspek #coronavirus tidak terlepas. Kudos to all of them!

7. Media juga melaporkan bahwa negara China akan menggantung semua kumpulan pelancongan dan penjualan pakej penerbangan dan hotel untuk warganya yang bercadang ke luar negara, bermula hari Isnin.

8. Persatuan agensi pelancongan China berkata, kumpulan pelancongan yang sudah berada di luar China boleh meneruskan perjalanan mereka tetapi perlu memantau kesihatan pelancong mereka.

9. Jika benar, langkah ini adalah berita yang sangat dialu-alukan oleh kita dan pastinya negara-negara lain. Jika kurang pelancong China, kebarangkalian contact dengan suspek coronavirus juga akan kurang.

10. Dalam masa yang sama, pelancong-pelancong China yang sudah berada di negara ini mesti dipantau lokasi dan tahap kesihatan mereka. Incubation period penyakit ini sehingga 14 hari maka mereka yang telah dijangkiti boleh terlepas daripada thermal screening di point-point masuk ke negara ini.

Kita jaga kesihatan masing-masing.

#PreventionBetterThanCure

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts