WABAK CORONAVIRUS : NYAWA RAKYAT LEBIH UTAMA DIBERI PERHATIAN

400
SHARES
2.3k
VIEWS

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

26 Januari 2020  l  1 Jamadil Akhir 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membidas kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang menyifatkan tindakan sekatan ke atas pelancong China adalah bersifat diskriminasi ke atas mereka.

Rujuk:

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649090/jangan-diskriminasi-pelancong-china/amp

2. DPPNS bersetuju bahawa kepentingan industri pelancongan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila Malaysia menyasarkan 30 juta ketibaan pelancong asing tahun ini selaras kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM100 bilion. Namun dalam situasi semasa dari sudut aspek kesihatan dan kesalamatan nyawa, ia adalah lebih utama untuk diberi perhatian.

3. Fenomena wabak coronavirus ini menjadi kegusaran ramai pihak malah banyak desakan dari pelbagai pihak terhadap kerajaan Malaysia agar mengambil langkah yang lebih tegas dengan melakukan sekatan ke atas pelancong China dari memasuki negara ini.

4. Desakan tersebut bukan sekadar panik namun mempunyai asas yang dipertimbangkan apabila pihak kerajaan China sendiri mengeluarkan perintah kuarantin ke atas 3 bandar iaitu Wuhan, Huanggang dan Ezhou yang menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang akan dikuarantin seramai kira-kira 20 juta orang.

Rujuk:

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavirus-selepas-wuhan-bandar-huanggang-dalam-keadaan-berjaga-jaga-228850%3famp=1

5. Kerajaan Malaysia perlu lakukan sesuatu dengan pantas untuk mengambil pencegahan dari berlakunya sebarang kemudaratan yang lebih parah. Jangan hanya kerana laporan di atas kertas masih menunjukkan tahap belum kritikal, kita masih lena dengan membiarkan kemasukan pelancong China memasuki negara yang berkemungkinan boleh mengakibatkan wabak coronavirus tersebar di kalangan rakyat.

6. Selain itu, DPPNS menyeru kepada semua rakyat agar menghadapi situasi ini dengan cermat dan hermat dengan sentiasa kemas kini maklumat berkenaan wabak ini untuk langkah pencegahan dari sumber yang berautoriti serta mengamalkan tip-tip kesihatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak yang berautoriti bagi mengelakkan diri, keluarga dan masyarakat terjangkit.

7. DPPNS juga menyarankan agar semua umat Islam untuk mengadakan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesejahteraan dan perlindungan dari terkena musibah wabak yang sedang menular ini di negara kita khususnya.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3056074237777194&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts