TERKINI, STATUS CORONAVIRUS DI MALAYSIA, CHINA DAN DUNIA – DR. NOVANDRI

1.6k
SHARES
9.5k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Kematian akibat wabak Coronovirus di China meningkat kepada 56 orang dengan lebih 2,000 dijangkiti di seluruh dunia.

Selain negara Malaysia, berapa kes juga dikesan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis, Australia dan Kanada.

Satu perkara yang kita perlu tahu tentang novel corona virus atau 2019-nCoVincubation period-nya iaitu tempoh terdedah dengan penyakit itu hingga simptom mula dikesan ialah sehingga 14 hari.

Maksudnya, warga China masih boleh masuk ke negara Malaysia tanpa sebarang simptom seperti demam dan tidak dikesan oleh thermal screening di entri ke Malaysia seperti lapangan terbang.

Ini yang terjadi di Singapura apabila satu keluarga boleh masuk negara itu pada 20 Januari mungkin tidak  dapat dikesan di airport.

Tetapi kemudiannya, atok umur 66 tahun itu didiagnosis positif corona virus.

Yang menimbulkan tanda tanya, nenek dan 2 cucu mereka dapat masuk ke negeri Johor pada 23 Januari.

Apa yang terjadi di imigresen Singapura?

Sekarang, 3 orang ini didapati positif coronavirus dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

Begitu juga seorang lelaki, 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Beliau masuk melalui Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura bersama sekumpulan pelancong warga China.

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus, bersama ibu dan bapanya juga telah ditahan polis.

Mereka enggan masukkan anak mereka ke wad kuarantin di Johor

Mereka ditahan sebaik sebelum mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, untuk ke Guangzhou, China.

Sehingga hari ini,

1. Berapakah jumlah pelancong negara China yang masih berada di negara kita?

2. Apakah ada di antara mereka berasal daripada Wuhan dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya?

3. Apakah mereka sudah dikenalpasti lokasi mereka dan tahap kesihatan mereka?

Segala persoalan di atas perlu dijawab dengan telus oleh kerajaan PH untuk memastikan rakyat tahu lokasi orang ramai yang perlu dihindari.

Banyak lagi yang perlu dibuat dan perlukan kerjasama pelbagai kementerian bukan kementerian kesihatan sahaja. Ia turut melibatkan pihak berkuasa seperti imigresen, polis dan agensi kerajaan.

Setakat ini, masih tiada vaksin untuk cegah coronavirus.

The Chinese Centre for Disease Control and Prevention (CDC) telah mengumumkan usaha untuk mengenalpasti vaksin.

Begitu juga the Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang akan menaja penyelidikan di University of Queensland, farmasi Inovio di Amerika Syariikat dan perusahaan bioteknologi Moderna.

Our aspiration with these technologies is to bring a new pathogen from gene sequence to clinical testing in 16 weeks – which is significantly shorter than where we are now” – Richard Hatchett, CEO of CEPI.

Bagi kita pula, prevention is better than cure.

Buat masa ini, jauhilah daripada possible contacts dan jaga kesihatan anda.

Dipetik dari laman web Dr Mim di pautan: https://novandri.blogspot.com/2020/01/terbaru-status-coronavirus-di-malaysia.html#more

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts