MENGHINA BUKANNYA HAK ASASI BERSUARA

423
SHARES
2.4k
VIEWS

KITA ADA AKTA HASUTAN 1948

Seksyen 3(1) AKTA HASUTAN 1948, menyatakan bahawa sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan –

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat…
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia…
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan…
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
 
2. Pembaca yang ingin mendapatkan salinan PDF Akta Hasutan tersebut boleh mengetik pautan berikut : http://mediamalaysia.net/wp-content/uploads/2010/05/Akta-15-Akta-Hasutan-1948.pdf
 
3. Akta Hasutan adalah peruntukan undang-undang negara Malaysia yang sentiasa relevan dan terpakai sejak mula ia dikuatkuasakan hingga sekarang. Akta Hasutan adalah satu bentuk rule of law yang digunapakai di negara kita yang berdaulat, tanpa terikat kepada kepada mana-mana perundangan dari negara lain, lebih-lebih lagi daripada negara republik seperti Republik China atau Republik India yang sudah tiada lagi mempunyai sistem pemerintahan beraja.
 
4. Manakala negara Malaysia masih mengekalkan kesinambungan corak pemerintahan kesultanannya dengan mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Kita mempunyai kedaulatan sistem pemerintahan mengikut acuan kita sendiri. Dengan sistem ini setiap rakyat mempunyai haknya seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara
 
5. Justeru, saya tidak pasti mengapa Pengarah Eksekutif AMNESTY International Malaysia (AIM) yang kononnya tegar memperjuangkan hak asasi ke atas orang yang melakukan kesalahan namun dalam masa yang sama beliau menafikan hak atas mereka yang berhak dipertahankan. 
 
6. Contohnya beliau amat bersungguh mempertahan hak pengkhianat yang menghina Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong namun anehnya mengapa tidak pula beliau mempertahan hak Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong. Persoalannya bagaimana beliau memahami definisi “hak” itu sendiri agak mengelirukan.
 
7. Jikalau beliau hendak mengatakan perbuatan pengkhianat itu sebagai suatu “kebebasan bersuara”. Maka kita ingin bertanya apakah pengertian “kebebasan bersuara” itu dengan memberi hak mutlak kepada seseorang untuk menghina orang lain? Tambah lagi yang dihina itu adalah seorang ketua tertinggi negara yang diberi gelar Yang Dipertuan Agong yang diiktiraf dalam Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai Ketua Utama Negara Persekutuan, manakala Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Isteri Yang Dipertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang DiPertuan Agong
 
8. Justeru, MUAFAKAT dengan ini mendesak Pengarah Eksekutif AIM terbabit supaya menarik balik kenyataan beliau itu dengan serta merta. Dan MUAFAKAT juga mencadangkan sebagai pejuang hak asasi tegar, Pengarah Eksekutif itu sepatutnya meluangkan masa untuk mentelaah segala akta-akta yang terdapat dalam perundangan negara atau mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat apa-apa kenyataan, yang hanya akan menampakkan kedangkalan dan kekeliruan beliau dalam memahami maksud “HAK ASASI” menurut Perlembagaan Negara.
 
Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts