MUJAHID PATUT MELETAKKAN JAWATAN SEBELUM LEBIH BANYAK KEROSAKAN DILAKUKANNYA

854
SHARES
3.2k
VIEWS

1. Dari awal lagi MUAFAKAT melihat pendekatan yang diambil oleh DS Dr. Mujahid pada perkara yang berkaitan dengan agama Islam jauh melencong darpada pendekatan seorang yang berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah, beliau dilihat sangat liberal dan ada masa ‘super’ liberal.

2. Bermula dengan pentafsiran beliau terhadap konsep Rahmatan lil Alamin yang jelas melencong daripada tafsiran ulama muktabar. Beliau mentafsirnya kepada semua agama, dan pandangan ini selari dengan fahaman Liberalisme/Pluralisme Agama.

3. Ini terbukti apabila beliau cenderung membela golongan LGBTQ yang bercanggah dengan syarak dengan berselindung di sebalik pendekatan menjaga hak asasi manusia versi Barat-Kuffar-Judeo-Kristian – sepatutnya mereka perlu dilayan seperti pelaku jenayah yang perlu dibaikpulih oleh kerajaan agar mereka dapat menjalani kehidupan duniawi dengan normal pada masa akan datang.

4. Mutakhir ini hampir semua isu berbangkit yang melibatkan kepentingan Islam apabila bertembung dengan agama lain, beliau dilihat sangat cenderung untuk membela agama lain daripada menjaga kepentingan Islam.

5. Baik dari isu tanglung, isu Jawi, isu Tabung Haji dan terbaru isu Ponggal, semuanya terang-terangan beliau lebih membela agama lain daripada menjaga agama Islam yang terang-terangan juga termaktub di dalam Perlembagaan pada Perkara 3(1) Islam adalah Agama bagi Persekutuan.

6. Dan paling mendukacitakan apabila beliau langsung tidak mempertahankan kedudukan Raja Permaisuri Agong apabila Baginda dihina oleh individu yang biadab memperlekeh perjuangan Baginda memperkasakan tulisan Jawi. Di mana kewibawaan dan amanah beliau sebagai Menteri Agama?

7. Justeru, MUAFAKAT menyarankan supaya beliau mencontohi tindakan bekas Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dengan meletakkan jawatan secara terhormat seberapa segera kerana ternyata beban amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau kebanyakannya gagal dilaksanakan dan ianya perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan asbab mengapa kementerian itu ditubuhkan.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts