APA YANG PERLU KITA TAHU DI PRK KIMANIS – DR. NOVANDRI

484
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Jika kita mahu lihat kesetiaan ahli-ahli akar umbi yang tidak berbelah bahagi dan penyokong-penyokong parti BN, PRK Kimanis Sabah adalah bukti yang paling nyata.

Tiada projek, kesenangan dan wang ribuan jutaan ringgit diterima tapi kesetiaan ini berlandaskan kepada menghargai begitu banyak jasa parti BN kepada rakyat.

Tetapi, ahli-ahli politik Sabah yang di atas telah ‘meliwat’ kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sabah. Mereka hanya fikirkan poket mereka dan BN kehilangan 16 ADUN, 6 Ahli Parlimen, 2 Senator dan 22 Ketua Bahagian selepas PRU-14.

Mereka ini pengkhianat parti BN dan kita doakan mereka akan kalah pada pilihan raya seterusnya.

Kita lihat nombor-nombor ini:

1. Jumlah peratus keluar mengundi:

PRK Kimanis – 79.92%

PRU-14 – 86.2%

Peratusan turun tetapi masih tinggi memandangkan ini pilihan raya kecil.

PRK Sandakan hanya 54.4%.

Kemungkinan ramai yang tidak balik mengundi.

2. Jumlah undi BN:

PRK Kimanis – 12,706 undi.

PRU-14 – 11,942 undi.

Penambahan sebanyak 134 undi.

Sebelum ini, 10,242 undi (PRU-12) dan 13,754 undi (PRU-13)

3. Undi majoriti BN:

PRK Kimanis: 2,029 undi

PRU 14: 156 undi.

Penambahan sebanyak 1,873 undi.

4. Undi calon Warisan:

PRK Kimanis : 10,677 undi

PRU-14 : 11,786 undi

Pengurangan sebanyak 1,109 undi.

Saya tidak ada peratus kaum Cina yang mengundi calon BN tapi kita jangka ia tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan PRU-14.

Keseluruhannya, berlaku perpindahan undi kembali kepada parti BN. Kita perlu tahu bahawa Parlimen Kimanis adalah kubu parti BN dan kita harap ia kekal sebegitu.

Ahli Parlimen BN baharu punyai tugasan yang sangat berat untuk mengekal dan menambah sokongan untuk PRU-15. Memang sukar kerana BN bukan lagi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan tetapi inilah cabaran yang beliau perlu hadapi.

Mungkin akan ada ribuan atau jutaan ringgit atau jawatan yang akan mengumpan beliau untuk lompat parti seperti 6 Ahli Parlimen BN Sabah sebelum ini. Mohamad Alamin mesti tidak goyang dan tidak sesekali mengkhianati kepercayaan rakyat Kimanis.

Kudos kepada semua kepimpinan UMNO/BN dan jentera-jentera pilihan raya parti BN kerana menjalankan tugasan kempen dengan baik.

Usaha baik Muafakat Nasional juga mesti diteruskan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts