HIMPUNAN 220220 – GABUNGAN KUASA RAKYAT

2.9k
SHARES
10.7k
VIEWS

LAUNGAN UNDUR “UNDUR MAHATHIR”  DAN “BUBAR PARLIMEN” BERGEMA!

AYUH SERTAI KAMI..

GABUNGAN KUASA RAKYAT akan mengemukakan 10 Tuntutan berikut terhadap Kerajaan Malaysia bersempena HIMPUNAN 220220.

10 tuntutan ini dibuat kerana kegagalan pentadbiran rejim Pakatan Harapan.

Rejim kuku besi Pakatan Harapan  digesa memenuhi sepenuhnya 10 tuntutan ini dalam tempoh 100 hari bermula dari Himpunan 220220.

Sekiranya mereka gagal memenuhi 10 tuntutan ini, GABUNGAN KUASA RAKYAT yang berhimpun hari ini mendesak Parlimen DIBUBARKAN SERTA-MERTA supaya rakyat boleh memilih kerajaan baharu yang lebih layak memegang mandat:

1. Bertanggungjawab terhadap KEGAGALAN MEMIMPIN DAN MENTADBIR NEGARA.

a. Perdana Menteri dan Kabinet Malaysia wajib meletakkan jawatan.

b. Barisan kepimpinan yang baharu harus bebas daripada sebarang skandal, baik dari segi kewangan mahupun moral seperti seks, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

2. Bertanggungjawab ke atas KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN MARUAH INSTITUSI YANG TERCEMAR.

a. Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) dan Peguam Negara yang cenderung mengundang persepsi negatif pada masa ini wajib meletakkan jawatan.

b. Institusi-institusi seperti SPRM, SPR serta Jabatan Peguam Negara wajib bebas daripada sebarang pengaruh campur tangan politik dan bukan dijadikan senjata politik buat mana-mana pihak.

c. Cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR dan Peguam Negara wajib melalui sesi pemilihan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh gabungan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan kerajaan.

d. KBDYMM Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam menolak atau menerima cadangan pelantikan tersebut. Perdana Menteri tidak dibenarkan untuk campur tangan di dalam pemilihan ketiga-tiga jawatan penting tersebut.

3. Menangani KRISIS EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA yang semakin MERUNCING dan merudum disebabkan keculasan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan

4. Menyelesaikan ISU BERKENAAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA POLEMIK DI ANTARA AGAMA DAN KAUM yang KIAN meruncing di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

5. Menyelesaikan isu PENINGKATAN KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

6. Menyelesaikan isu KEBAJIKAN RAKYAT yang semakin terabai di bawah rejim Pakatan Harapan.

7. Memulakan PELAN TINDAKAN YANG LEBIH REALISTIK UNTUK ORANG MUDA / BELIA dengan kadar SEGERA.

8. Mengagihkan PERUNTUKAN KEWANGAN YANG SETARA UNTUK SEMUA AHLI PARLIMEN DAN ADUN sama ada mereka ahli terdiri daripada pihak pembangkang, kerajaan mahupun bebas.

9. Menunaikan Janji 100 Hari, MANIFESTO PRU-14 DAN MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK MEWAJIBKAN MANIFESTO DITUNAIKAN oleh setiap parti.

10. Memulihkan HUBUNGAN DIPLOMATIK dengan semua negara yang terjejas teruk di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Kembalikan kewibawaan ASEAN dan ZOPFAN. 

#PentasNGO

Oleh Haji Naseron Ismail

(Dipetik dari laman Facebook beliau, Naseron Ismail

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts