KALAH PRK KIMANIS, ‘SIGNAL RAKYAT’ BUAT PAKATAN HARAPAN

474
SHARES
2.1k
VIEWS

Pakatan Harapan kalah lagi di PRK Kimanis, kekalahan memalukan buat kali kelima berturut-turut.

Selain amat memalukan, ia juga boleh ditakrifkan sebagai ‘signal’ rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang sekian lama ditolak oleh majoriti rakyat, terutamanya orang Melayu.

Kemenangan Barisan Nasional melalui calonnya Datuk Mohamad Alamin yang memperoleh 12,706 undian, sekali gus menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang yang memperoleh undi 10,677 selepas semua peti undi di 70 saluran habis dikira, dengan majoriti 2,029.

Kekalahan memalukan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Harapan secara berterusan ini merupakan kekalahan kelima selepas kalah di PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Tambah memalukan, semua akaun UMNO telah dibekukan di mana mereka tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menghadapi pilihan raya kecil untuk digunakan, namun Barisan Nasional tetap menang.

Tindakan membekukan akaun ini seumpama mengajak seseorang bertinju tetapi dengan baculnya mengikat tangan lawannya ke belakang terlebih dahulu sebelum bertarung.

Ini menunjukkan apa sahaja tekanan, taktik kotor dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan tidak menjadi, malah makin membuatkan rakyat muak dan marah.

Termasuklah mendedahkan rakaman perbualan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak serta pengumuman dan pemberian pelbagai projek dan hadiah di setiap PRK yang dilangsungkan, tidak lagi menarik minat rakyat mengundi Pakatan Harapan. 

Kerajaan Pakatan Harapan yang pada awal kononnya dilihat sebagai ‘pembawa harapan’ dan ‘penyelamat negara’ daripada kerajaan yang dituduh sebagai rasuah dan kleptokrasi, kini dilihat lebih teruk, malah sehingga ke tahap mencabul kedaulatan undang-undang. 

Selain hutang bertambah, pelbagai aset strategik negara dijual secara lambak, pelaburan tidak lagi berjaya dibawa masuk, malah pelaburan sedia ada juga lari keluar.

Termasuk cara keji dan mwnyalahi undang-undang apabila mendedahkan rakaman Putera Mahkota UAE, yang membuatkan kerajaan Pakatan Harapan kini tidak lagi dipercayai.

Kekalahan di PRK Kimanis ini  juga akan meningkatkan usaha gerakan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendesak dan memberi tekanan agar Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dengan kadar segera.

Justeru, dalam keadaan Tun Mahathir semakin tertekan serta dimalukan, namun jalan keluar terbaik ketika ini adalah hanya dengan membubarkan Parlimen.

Biar rakyat sendiri buat keputusan, siapa Perdana Menteri kelapan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan