BUKAN TURUN HARGA TETAPI BERTAMBAH MAHAL! – DR. NOVANDRI

453
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

25/1/2019 – Timbalan Menteri MITI, Ong Kian Ming kata MITI sedang pertimbangkan mahu turunkan duti eksais kenderaan bagi membolehkan harga kereta lebih rendah.

Rujuk: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/01/25/lower-excise-duty-for-cars/

Selepas setahun ….

17/1/2020 – Peraturan baru eksais duti Malaysia bakal jadikan harga kenderaan CKD meningkat sehingga 15% !

PH bohong lagi!

Yang menariknya ialah kenyataan ini:

“Agak jelas, langkah ini bertujuan untuk meraih lebih banyak pendapatan daripada perniagaan penjualan kenderaan, tetapi dengan penstrukturan semula duti ini, harga kos kenderaan akan menjadi lebih tinggi, dan sudah tentu pengeluar akan memindahkan beban berkenaan kepada pengguna.”

Media menjelaskan;

“Untuk kereta CKD, angka kasar kenaikan harga berkemungkinan sekitar 12%-15% jika mengikut pengiraan baru bagi OMV ini.”

“Harga yang lebih mahal akan menyebabkan jumlah jualan/pengeluaran yang lebih rendah bagi pengeluar di Malaysia, yang mana akan memberi kesan pula kepada aspek peluang pekerjaan sekiranya mereka memutuskan untuk mengecilkan operasi,”

“Sekiranya itu berlaku, kerajaan akan mengutip kurang cukai korporat, dan Malaysia akan kehilangan pelaburannya kepada negara-negara jiran. Tidak akan ada pendapatan tambahan untuk kerajaan,”

Konflik ini merugikan pengguna (sebab harga kenderaan lebih tinggi) dan juga pengeluar (jumlah jualan/pengeluaran berkurangan).

Peraturan baru eksais duti Malaysia 2020 bakal jadikan harga kenderaan CKD meningkat “sehingga 15%”

Daripada naikkan cukai sana sini, lebih baik kerajaan perkenalkan semula GST yang mampu mengumpul hampir RM42 bilion dan tauke-tauke mahu pun kroni-kroni tidak boleh lari lagi daripada cukai.

Kita faham tauke dan kroni ini yang sponsor puak PH sebelum ini dan mereka mahu habuan mereka, tetapi rakyat yang mesti diutamakan dan tidak dizalimi seperti sekarang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts