WIRA PUTRA BANTAH PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI UNTUK RM30 E-TUNAI RAKYAT

613
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRA PUTRA MALAYSIA

17 Januari 2020, Kuala Lumpur

Oleh Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Naib Ketua Wira PUTRA Malaysia

1. Wira Putra Malaysia membantah pengumpulan maklumat peribadi dengan kebenaran boleh digunakan oleh pihak ketiga di dalam E-TUNAI RAKYAT yang akan mendedahkan segala maklumat peribadi rakyat dengan hanya pemberian RM30 yang diwar-warkan sebagai bantuan dari kerajaan.

Walhal, program ini merupakan satu taktik kerajaan yang licik dan keji untuk menjual maklumat peribadi rakyat dengan harga RM30.

2. Wira Putra Malaysia menyeru agar pihak kerajaan memansuhkan syarat ketiga yang ditetapkan di dalam E-TUNAI RAKYAT di mana penuntut wang di dalam program ini mestilah bersetuju dan memberi keizinan kepada pihak pembekal e-Wallet untuk menyediakan dan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga termasuklah kerajaan Malaysia dan penama-penamanya.

3. Wira Putra Malaysia melihat program ini sebagai satu langkah politik dari parti kerajaan untuk mengeksploitasi maklumat peribadi rakyat yang juga merupakan pengundi besar semasa pilihan raya akan datang bagi tujuan strategi politik untuk menggunakan maklumat pengundi dan meraih langkah hadapan di dalam pilihan raya yang akan datang.

4. Dari sudut komersial pula, program ini dilihat seperti menjual maklumat peribadi penuntut wang dengan harga RM30, walhal pihak pembekal E-Wallet boleh meraih keuntungan yang tinggi dengan pengumpulan data peribadi rakyat Malaysia yang boleh digunakan sebagai aset komersial yang bernilai di dalam perniagaan syarikat yang terbabit.

5. Jikalau benar niat kerajaan ingin membantu rakyat, seharusnya syarat-syarat seperti ini tidak wajib dikenakan dan rakyat boleh menikmati duit itu tanpa ada sempadan masa dan tempat untuk dibelanjakan duit tersebut.

Seperti yang ditetapkan, wang insentif ini hanya boleh digunakan sebelum 14 Mac 2020 dan hanya boleh dibelanjakan di vendor-vendor yang terpilih sahaja.

6. Justeru itu, Wira PUTRA Malaysia sekali lagi ingin menegaskan bantahan dan mengecam syarat ketiga yang diwajibkan persetujuan dari penuntut wang RM30 dalam program E-TUNAI RAKYAT dengan membenarkan segala maklumat peribadi digunakan dan didedahkan kepada pihak ketiga di mana rakyat Malaysia akan rugi dan terancam.

Sekian,

Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Naib Ketua Wira PUTRA Malaysia

17 Januari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts