PUTRA SOKONG KPM LARANG PELAJAR ISLAM SERTAI PESTA PONGGAL DI SEKOLAH

532
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)

15 Januari 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. PUTRA merujuk kepada surat dari Pejabat Timbalan KSU Kementerian Pendidikan bertarikh 13 Januari 2020.

2. PUTRA menyokong penuh kandungan surat berkenaan kerana ia selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan, Perkara 11(4) dan 12(3) Perlembagaan Persekutuan.

3. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

4. Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana penganut agama lain cuba menyebarkan agama mereka di kalangan umat Islam.

5. Perkara 12 (3) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan tiada mana-mana orang boleh dipaksa menyertai aktiviti keagamaan selain daripada agamanya sendiri.

6. Apabila ketika-tiga peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini dibaca secara bersama ia bermaksud pihak sekolah milik Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengadakan sebarang sambutan berkaitan keagamaan (selain daripada agama Islam) di sekolah dan (jika dibuat juga) hendaklah dibuat dalam keadaan aman dan damai (tidak dilihat mengganggu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan) dan hendaklah dibuat secara kecil-kecilan (tidak berlebihan) serta tidak boleh dipaksakan murid-murid beragama Islam dan yang bukan beragama Hindu untuk menyertai perayaan Ponggal berkenaan di sekolah.

7. Walaupun Ponggal dikatakan bukan sambutan agama namun terdapat unsur-unsur penyembahan terhadap Dewa Hujan, Dewa Awan, Dewa Matahari dan Lembu yang boleh menyebabkan syirik di kalangan umat Islam.

8. Oleh itu, PUTRA percaya surat TKSU ini yang memetik keputusan JAKIM adalah bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

9. PUTRA memetik penghakiman Yang Arif Dato Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurahman v Fatimah Sihi yang menyatakan bahawa:-

“Islam ialah agama bagi Persekutuan tapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai.

Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu.

Islam bukan setaraf dengan agama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama-sama tegak.

Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran.

Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah agama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa agama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana agama yang dianuti.

Tiada lebih di antara satu sama lain.”

Sekian dan terima kasih.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts