WIRA PUTRA CABAR KPN DEDAH NAMA PENGANALISIS VIDEO INTIM PEMIMPIN KERAJAAN

510
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

14 Januari 2020 | 18 Jamadilawwal 1441H

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Penaja

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

1. Wira PUTRA hairan akan respons Ketua Polis Negara berkenaan isu video intim di Sandakan yang melibatkan dua susuk tubuh di mana salah seorangnya sudahpun mengaku sebagai salah seorang watak utama dalam video berkenaan.

Kenyataan beliau bukan sahaja mengarut dan merepek, tetapi tidak menggambarkan kesungguhan dalam mendapatkan kebenaran berkenaan isu berprofil tinggi ini, baik dari pihak Ketua Polis Negara (KPN) mahupun dari pihak Peguam Negara (AG).

2. Jika KPN dan AG masih berpegang kerana video terbabit beresolusi rendah dan tidak dapat mendakwa mana-mana individu, Wira PUTRA menggesa pendakwaan dibuat kepada Haziq Aziz atas pengakuannya yang turut mengaitkan pelaku dalam video tersebut adalah YB Azmin Ali. Pasti banyak bukti baharu atau yang terlepas pandang dapat dikumpulkan melalui pendakwaan dan soal siasat nanti.

Pengakuan Haziq sebelum ini haruslah dipertanggungjawabkan kembali kepadanya dan dia perlu buktikan pengakuannya adalah benar. Jika dia gagal membuktikannya, maka Haziq perlu menerima hukuman seberatnya kerana berbohong dan mencemar nama baik Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Wira PUTRA memahami kedudukan Polis DiRaja Malaysia harus menjadi mata dan telinga bagi menegakkan keadilan bagi rakyat dan kerajaan yang memerintah. Namun, tidak sepatutnya dibiarkan penghina kepada pemimpin kerajaan ini tidak didakwa.

3. Masih menjadi tanda tanya kepada Wira PUTRA dan seluruh rakyat Malaysia, siapa yang menjalankan analisa video terbabit? Terlalu banyak pakar forensik di luar sana seperti Verden Forensic dari United Kingdom yang telah mengesahkan lelaki dalam video terbabit mirip Azmin Ali dalam laporannya yang telah diserahkan oleh Lokman Adam kepada pihak berkuasa pada September lalu.

Apa lagi bukti yang pihak polis perlu untuk melanjutkan siasatan kes ini? Video itu seharusnya cukup untuk dijadikan bukti bagi mendakwa individu yang terlibat di dalam kes ini seperti kes-kes jenayah lain yang dapat dikesan melalui video lebih beresolusi rendah seperti CCTV.

Oleh itu, Wira PUTRA mengesa KPN untuk menyatakan kebenaran dan mendedahkan nama syarikat atau individu yang diarahkan untuk membuat analisa forensik video ini bagi pihak polis. Jika tidak rakyat akan terus merasa syak wasangka dengan usaha pihak polis menangani isu berprofil tinggi ini selanjutnya hilang kepercayaan terhadap integriti siasatan pihak polis yang mungkin bersikap sambil lewa dan ambil mudah berkenaan isu ini.

4. Wira PUTRA yakin anggota polis Malaysia antara yang tercekap di dunia dalam membuat siasatan, maka tidak seharusnya perkara mudah seperti ini tidak dapat diselesaikan. Melainkan KPN telah dikawal oleh tangan-tangan ghaib dalam mengeluarkan kenyataan atau ia merupakan ‘delay tactic‘ seperti digunakan bagi melengahkan keputusan berkenaan kematian Allahyarham Adib Kassim hingga akhirnya orang ramai mula lupa akan isu pembunuhan tersebut.

Sekian. 

PUTRA PERKASA NEGARA

WIRA LAMBANG JATIDIRI PUTRA

PUTRA SINGA MELAYU

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts