SUSPEK DIGANTUNG JAWATAN – DR. NOVANDRI

1.6k
SHARES
8.1k
VIEWS
Terbaru, pihak polis akan menyerahkan hasil siasatan kes 17 orang termasuk ADUN PPBM kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/646561/parti-dadah-polis-akan-serah-hasil-siasatan-lengkap-kepada-dpp

Sebelum ini, Adiff Syan, ADUN parti PPBM berbohong tentang serbuan private party yang turut melibatkan kes penyalahgunaan dadah, wanita dan aktiviti perjudian.

Pada awalnya, Adiff Syan menafikan beliau terlibat dan mendakwa bahawa beliau di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong.

“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya
“Saya tengah berehat….seminggu ini tak sihat,” katanya lagi.
Temberang ADUN PPBM itu terbongkar apabila media melaporkan kenyataan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari yang mengesahkan Adhif Syan Abdullah ditahan polis.

Rujuk: https://suara.tv/13/01/2020/naib-presiden-ppbm-dakwa-kdn-sahkan-adun-dengkil-ditahan-polis/

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pula mengesahkan seorang VVIP terbabit kes dadah dan judi itu.

“Polis sudah kenal pasti VVIP yang terbabit dalam kes membabitkan dadah. Saya rasa anda (media) tahu,” katanya
Ironinya, ADUN PPBM itu tukar cerita ‘elok saja dirumah dan tidak sihat’ kepada mengaku beliau memang berada di tempat tersebut. Menariknya ialah alasan yang beliau beri iaitu;
“Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,” kata Adhif. Beliau juga mendakwa hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja.

Alasan ADUN Dengkil itu telah menjadi bahan kutukan di dalam media sosial seperti Facebook.

Media juga melaporkan alamat premis yang terlibat:

“Tangkapan dibuat oleh pihak IPD Brickfields di alamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

Jika merujuk Google.Search, GK Sport & Recreation ini dimiliki oleh seorang lelaki bernama Kau Git Kaur. Beliau juga adalah Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia.

Terbaru, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah menggantung jawatan Kau Git Kaur selepas beliau dikaitkan sebagai salah seorang daripada 17 orang yang terlibat dalam parti narkotik dan perjudian itu.

Portal melaporkan jawatankuasa disiplin MGF telah memutuskan untuk menggantung jawatan Kau Git Kaur sehingga kesnya diselesaikan.

Rujuk: https://twentytwo13.my/issues/mgf-deputy-president-suspended-over-link-to-drug-party/

Seperkara lagi, kaitan di antara suspek-suspek yang ditangkap juga mendatangkan pelbagai persoalan lain. Lebih-lebih lagi apabila ada Menteri yang tidak mahu mengaku suspek sebagai pegawai khasnya!

Sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berbohong tentang seorang pegawai khasnya yang minat dan sokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kononnya bukan pegawai khasnya tapi nama Numan Afifi, penyokong LGBT laknat itu terpapar di web rasmi KBS.

Apabila isu penangkapan ADUN parti Mahathir dan beberapa pegawai khas kabinet, Saddiq sekali lagi cuba cuci tangan seolah-olah tiada pegawai khasnya yang terlibat. Hanya pegawai KBS, dakwanya.

Tapi di antara suspek yang ditangkap dan disiarkan oleh media ialah Ahmad Redzuan Shafi. Beliau juga adalah pegawai khas Saddiq dan turut mengikuti rombongan FAM ke Jepun sebelum ini.

Kita juga persoalkan penafian Muhyiddin Yassin. Beliau dakwa Pizi Jihat bukan pegawai khasnya sedangkan sudah ada bukti sebaliknya.

Apakah kesudahan isu parti dadah judi ini?

Ianya bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Berapa lama proses itu?

Kita tentu masih ingat kes anak Mat Sabu telah ditangkap polis dan positif dadah pada awal 2019. Selepas setahun lamanya dan hanya pada 13 Februari 2020 ini, barulah anak Mat Sabu diminta bela diri dalam mahkamah.

Kita harap kes ini tidak dlengah-lengahkan, manakala ADUN yang terlibat diminta ‘berehat’ atau letak jawatan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts