G25 DIGESA BELAJAR DENGAN MUFTI BATAS IMAN DAN KUFUR SERTA MURTAD

40
SHARES
418
VIEWS

Merujuk kepada laporan akhbar Malaysiakini.com yang bertajuk;

“G25 Jika mahu meninggalkan Islam, Itu antara dia dengan Tuhan bertarikh 11 Januari 2020” – rujuk pautan berita di; www.malaysiakini.com/news/506732

UMMAH mencadangkan supaya G25 belajar dan mengkaji terlebih dahulu kitab batas-batas iman dan kufur serta murtad daripada para Mufti di negara ini sebelum mengeluarkan pandangan atau apa-apa perkara berkaitan Islam, supaya pandangan tersebut tidak tersasar sehingga boleh menjejaskan iman dan akidah umat Islam di negara ini.

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, yang merangkumi akidah, ibadah dan undang-undang cara hidup manusia di atas dunia ini. Sekiranya G25 menolak untuk berhukum berdasarkan agama, maka ini suatu pandangan yang salah dari sudut akidah iaitu menolak beriman kepada Islam yang sempurna termasuklah sumber hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.

UMMAH menggesa pihak JAKIM dan para Mufti di negara ini agar dapat bermuzakarah dan memberi pendidikan Ilmu Akidah kepada G25 agar mereka dapat memahami Islam yang ‘syumul’ supaya mereka dapat kembali ke jalan yang benar, bertaubat serta tidak lagi mengeluarkan pandangan dan pendapat yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

UMMAH juga menyarankan agar Majlis Raja-Raja yang menjaga kesucian Islam di negara ini agar dapat bertindak sebaiknya supaya pihak-pihak yang menghina dan menyelewengkan Islam daripada kebenaran dapat diambil tindakan yang segera dan sewajarnya.

Mohd Zai Mustafa

Timbalan Pengerusi UMMAH.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan