KENAPA LIBERALIS BENCI SANGAT TERHADAP JAKIM?

452
SHARES
2.3k
VIEWS

Mengimbas kembali pada 1 Ogos 2018, selepas pelantikan Tun Ahmad Sarji sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan, mantan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr. Siti Mariah Mahmud dari PH pernah berkata, bahawa dengan penubuhan Jawatankuasa ini akan membolehkan Pakatan Harapan (PH) terus memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Dr. Siti Mariah Mahmud juga menyebut; “Dengan pelantikan Tun Ahmad Sarji sebagai Pengerusi yang luas pengalaman sebagai tokoh pentadbir, AWAN percaya jawatankuasa ini dapat melaksanakan fungsinya sebaik mungkin.”

3. Untuk pengetahuan umat Islam; Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan, dipengerusikan oleh Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr. Afifi al-Akiti sebagai timbalan, selain itu jawatankuasa itu turut dianggotai tiga tokoh lain iaitu Prof. Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

4. Seminggu kemudian Tun Ahmad Sarji sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan membuat kenyataan dengan berkata; jawatankuasa akan memanggil lebih 100 institusi berkaitan Islam dan pertubuhan politik dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan maklum balas berhubung kajian kedudukan pengurusan hal ehwal Islam.

5. Institusi-institusi itu dipanggil bagi menyumbangkan idea dan pendapat supaya membolehkan jawatankuasa itu dapat menyediakan laporan lengkap bagi menambahbaik institusi Islam. Malangnya sunyi sepi tiada khabar berita.

6. Antara lain, Pengerusi yang diharapkan dapat memartabatkan Islam itu pernah berkata; “Kami juga akan memberi peluang kepada jabatan negeri, mufti, individu, selain meminta pandangan dan sumbang saran dalam kalangan orang bukan Islam serta golongan yang mempunyai kepakaran terdiri daripada ahli akademik dan wartawan. Jawatankuasa ini turut mengalu-alukan sebarang memorandum secara bertulis daripada masyarakat awam yang boleh dikemukakan kepada Setiausaha Jawatankuasa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di Kuala Lumpur, pada 9 Ogos 2018.

7. MUAFAKAT tertanya-tanya apa sudah jadi dengan jawatankuasa tersebut? Adakah ia sekadar gimik politik sahaja? Sebelum PRU-14, Mujahid konsisten menyerang JAKIM dengan berbagai isu, ini termasuk institusi agama Islam yang lain semasa beliau sebagai pembangkang. Antaranya yang boleh kita senaraikan di sini seperti berikut:

a. Dr Mujahid pada Mei 2018, pernah menyarankan supaya JAKIM ditutup: https://www.amenoworld.org/2018/05/hapuskan-jakim-elak-agama-ditunggang.html?m=1

b. Anehnya beberapa bulan kemudian mengesyorkan supaya JAKIM ditambahbaikkan Julai 2018: http://www.astroawani.com/video-malaysia/kerajaan-akan-memperkasa-dan-menambah-baik-jakim-233736

e. Dan pada bulan September 2019, beliau mempertahankan pula reputasi JAKIM: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/28/theres-effort-to-undermine-jakims-reputation-says-mujahid/1795211

8. Begitulah sikap pemimpin PH sering mengeluarkan kenyataan berbolak-balik. Ditambah pula dengan Mujahid juga dilihat amat cenderung kepada fahaman liberalisme. Adakah agenda Mujahid seiring dengan agenda G25?

9. MUAFAKAT ingin bertanya di manakah hasil jawatankuasa pembaikan institusi Islam yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Sarji? Umumkan segera hasil tersebut supaya rakyat tahu. Adakah segala slogan manis di mulut pemimpin PH hanya gimik dan propaganda politik semata-mata?

10. Dan MUAFAKAT juga melihat “cadangan G25” ini berkemungkinan ia satu percaturan politik yang matlamatnya mahu menutup JAKIM kerana telah sekian lama menjadi penghalang utama kepada usaha penerapan nilai-nilai fahaman liberalisme yang sedang dijalankan oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam perlu ambil serius akan perkara ini kerana ia berkaitan dengan agenda liberalisme.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Sekretariat PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts