DEMI MALUKAN NAJIB, HUBUNGAN DIPLOMATIK TERGADAI

10.2k
SHARES
23.7k
VIEWS

1. Demi politik ‘balas dendam’

Jika pihak pembangkang diseret dengan pelbagai cara ke muka pengadilan termasuk akaun dibekukan, namun di pihak kerajaan pula dibebaskan sewenang-wenangnya.

Rakyat yang memilih Pakatan Harapan sendiri lebih kecewa ketika ini melihat bagaimana undang-undang diperlakukan sebegitu rupa malah cara yang bertentangan dengan undang-undang pula dilakukan oleh kerajaan pada hari ini.

Kes pendedahan rakaman suara Najib ini antara contoh yang menunjukkan kerajaan masih tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri tersebut dan menggunakan apa jua cara walaupun mengorbankan hubungan diplomatik dengan negara luar.

2. Tidak berbaloi jika hanya untuk memalukan Najib

Demi memalukan Najib, kerajaan Pakatan Harapan sanggup melakukan apa sahaja. 

Walaupun impak melalui pendedahan tersebut nampaknya ‘makan tuan’ ataupun ‘backlash‘ kembali kepada SPRM dan kerajaan, namun Tun Mahathir tetap mempertahan tindakan Latheefa tersebut.

Selaku Perdana Menteri yang telah menasihati YDP Agong untuk memperkenan dan menyerahkan watikah lantikan kepada Latheefa Koya, tentunya Tun Mahathir beretorik seolah-olah menyokong tindakan beliau sepenuhnya.

3. Pendedahan 9 rakaman audio termasuk perbualan Putera Mahkota UAE

Pendedahan 9 klip audio rakaman perbualan antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dengan beberapa individu telah didedahkan kepada pihak media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, telah mengejutkan bukan sahaja seisi negara tetapi ke seluruh dunia.

Berita dunia seperti CNN dan Al Jazeera turut menyiarkan berita mengenai rakaman tersebut yang turut boleh dilihat di laman YouTube dengan mudah.

Namun ia merupakan satu kesilapan yang sangat besar dilakukan oleh Malaysia.

4. Perbualan antara Najib dan Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan

Apa yang amat mengejutkan dan membimbangkan, dalam salah satu antara 9 perbualan tersebut melibatkan perbualan antara Najib dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan. 

Sheikh Mohammed juga adalah Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE dan adik-beradik beliau – Sheik Mansour, Sheikh Saif, Sheikh Hazza dan Sheikh Abdullah, turut memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran UAE.

5. Keluarga Sheikh Mohammed serta jawatan mereka

Bonda Sheikh Mohamed ialah Sheikha Fatima binti Mubarak Al Ketbi yang juga bergelar “Mother of UAE”.

Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan ialah Timbalan Perdana Menteri UAE dan Menteri Hal Ehwal Presiden (Presidential Affairs) UAE serta pemilik kelab bola sepak Manchester City.

Sheikh Saif pula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri UAE.

Sheikh Abdullah sebagai Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa UAE manakala Sheikh Hazza sebagai Penasihat Keselamatan Negara UAE.

6. Tidak menghormati privasi sesiapa hatta seorang Putera Mahkota negara asing

Perbuatan ini menunjukkan Malaysia tidak menghormati dan mempedulikan privasi sesiapa jua hatta seorang Putera Mahkota negara asing, asalkan matlamat tercapai.

Bayangkan bagaimana keadaannya ketika ini di UAE apabila Putera Mahkota mereka sendiri telah ‘dicuri-rakam’ perbualannya.

Bagi masyarakat Arab, ini adalah satu perbuatan khianat yang tiada taranya kerana mereka amat menghormati Sistem Beraja mereka.

Bahkan tiada negara manapun di dunia yang suka Ketua Negara mereka dirakam perbualannya.

Tun Mahathir sendiri pasti benci dan marah sekiranya ada perbualannya yang dirakam dan didedahkan.

7. Sidang Kemuncak APEC 2020 di Kuala Lumpur

APEC 2020 dijadualkan berlangsung hujung tahun ini akan dihadiri oleh para delegasi dan para jemputannya, dengan penuh kecurigaan dan berhati-hati.

Tema bagi Sidang Kemuncak  APEC 2020 tersebut iaitu “Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran”.

8. Implikasi terhadap APEC 2020

Para jemputan dan delegasi akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu senasib dengan Sheikh Mohammed Al Nahyan yang dirakam dan didedahkan perbualannya.

Kisah pendedahan tersebut akan menjadi bahan jenaka di antara delegasi serta anggota persidangan kerana falsafah ‘Perkongsian Kemakmuran’ itu tidak mampu dicapai.

Sebaliknya mereka tentunya curiga dengan kecenderungan Malaysia “berkongsi rakaman perbualan” ke seluruh dunia.

9. Malaysia diperlekehkan kerana amal ‘politik murahan’

Komuniti dunia tidak percayakan negara malah menjadikan isu pendedahan ini sebagai bukti Malaysia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat politik dan perebutan kuasa sesama mereka.

Sedangkan dalam hubungan diplomatik dan bilateral antara mana-mana negara, tidak mungkin sebarang perbualan akan didedahkan apatah lagi jika ada melibatkan mana-mana Ketua Negara.

10. Kemampuan Malaysia juga telah diketahui umum

Selain itu, kemampuan Malaysia melakukan perkara tersebut walaupun ia tidaklah lebih baik daripada agensi luar negara kerana perkara tersebut sudah menjadi kelaziman setiap agensi, sudahpun terbongkar.

Jika sebelum ini ia boleh dijadikan ‘senjata’, namun kini kita telah kehilangan ‘advantage‘ ini.

11. Politik matlamat menghalalkan cara

Benar di dalam politik, matlamat menghalalkan cara, setidak-tidaknya ia berlaku di Malaysia.

Falsafah Machiavelli ini adalah mengutamakan diri sendiri dengan cara melanggar prinsip-prinsip dan teori-teori yang mereka sendiri laung dan perjuangkan.

Contohnya mereka memperjuangkan prinsip ‘rule of law‘ namun mereka sendiri yang akan melanggarnya.

Mereka melaungkan anti rasuah, anti kleptokrasi namun mereka sendirilah perasuah dan kleptokrat.

12. Kesan ‘Marchiavellisme’ dalam hubungan diplomatik dan bilateral antara negara

Sepatutnya falsafah ini tidak boleh digunapakai dalam melibatkan rahsia dan keselamatan negara.

Apatah lagi apabila melibatkan negara luar yang mempunyai maruah dan kedaulatan mereka sendiri yang perlu dijaga oleh semua pihak. 

Apabila melibatkan hubungan antara dua negara, hubungan diplomatik lebih dijaga agar tidak menimbulkan krisis antara negara.

Jika tidak sesebuah negara itu tidak akan dihormati, ditertawa malah diperlekehkan di kemudian hari.

13. Implikasi terhadap ekonomi secara langsung

Tentunya Abu Dhabi ketika ini menjarakkan diri daripada Malaysia selepas perbualan antara Najib dan Sheikh Mohammed itu didedahkan kepada umum oleh Latheefa Koya dan SPRM, yang tentunya merugikan Malaysia.

Sebelum ini, akibat memberi pandangan dalam tadbir urus warganegara di India, telah mengakibatkan negara tersebut berhenti mengimport minyak sawit negara kita.

Ia kesan secara langsung daripada ucapan Perdana Menteri yang telah menaikkan kemarahan New Delhi.

14. Urus niaga perdagangan Abu Dhabi-Jakarta bernilai 93 bilion

Abu Dhabi telahpun memeterai perjanjian perniagaan bernilai lebih 93 bilion ringgit dengan negara jiran Indonesia.

Jelas ini antara implikasi yang merugikan buat negara sedangkan sebelum ini hubungan antara UAE dan Malaysia adalah jauh lebih baik.

Satu negara menanggung rugi daripada pendedahan ‘tidak cerdik’ Latheefa Koya dan SPRM.

Latheefa Koya patut ‘dikorbankan’, dihukum dan menanggung sepenuhnya perbuatan tersebut bersama dengan individu yang bertanggungjawab merakamnya.

Walaupun beliau mendapat restu dari ‘pihak atasan’ sekalipun, namun hubungan diplomatik perlu diutamakan.

15. “Can I advise you something?

Hubungan dengan UAE tidak mungkin berjaya dipulihkan dalam masa yang singkat, namun cukup memberi gambaran Malaysia tidak berkompromi dengan perbuatan khianat yang Latheefa Koya lakukan.

Tun Mahathir perlu lakukan sesuatu dengan segera, jangan biarkan masalah dalaman negara yang semakin memburuk, merebak keluar sehingga menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan