‘GAME PLAN’ , STRATEGI DAN KERAJAAN MINORITI

613
SHARES
3.3k
VIEWS

REALITI POLITIK NEGARA BAHAGIAN KELIMA

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN KEARAH KEHANCURAN

Bulan Mei 2020 bakal tiba. Hanya tiga bulan setengah sahaja lagi. Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikutnya semakin terdesak dan tidak sabar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

Tetapi, Anwar tahu GAME PLAN INI. Dia perlu bersabar. Anwar sudah terkena sekali pada tahun 1989, akibat tidak sabar, Anwar ke penjara, angkara tuduhan sodomi dan salah guna kuasa.

Anwar sedar betapa pintarnya Dr. Mahathir memutarbelitkan strategi, agar beliau (Dr. M) terus berkuasa untuk sekian lamanya.

Anwar juga sedar tanpa sokongan Dr. Mahathir dan 25 Ahli Parlimen parti BERSATU, mana mungkin Anwar boleh naik menjadi Perdana Menteri.

Para analisa politik tanah air membuat anggaran sokongan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat terhadap Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

DR. MAHATHIR: 84 MP

ANWAR IBRAHIM: 95 MP

BARISAN NASIONAL:
UMNO: 37 MP
MCA: 2 MP
MIC: 1 MP

BEBAS: 2 MP

KOSONG: 1 Kimanis

KEDUDUKAN BERUBAH DI KIMANIS:

ANWAR TINGGAL: 86 MP

Apabila Ketua Menteri Shafie Apdal kata, siapa Perdana Menteri tidak penting. Yang penting, kehendak dan kepentingan rakyat.

Ini menunjukkan bahawa parti Warisan, dengan 9 MP berkemungkinan mengambil ketetapan, tunggu dan lihat, siapa Warisan mahu sokong;

Sama ada Dr. Mahathir dan Azmin atau Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

ANWAR IBRAHIM PERLUKAN SOKONGAN:

Anwar perlukan 24 MP lagi untuk jadi PM.

Sekiranya 9 MP Parti Warisan Shafie Apdal menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Anwar tetap masih perlukan 17 MP untuk tumbangkan gabungan pasukan Dr. Mahathir dengan Azmin Ali.

KERAJAAN MINORITI:

Apa maksud Kerajaan Minoriti?

Kerajaan Minoriti bermaksud, sesuatu kerajaan itu masih boleh memerintah negara tersebut walaupun tidak mempunyai jumlah suara kerusi majoriti di dalam Parlimen (Dewan Rakyat), iaitu tidak mempunyai 112 Ahli Parlimen bagi menyokong kerajaan berkenaan.

Ini berlaku apabila, parti-parti politik berpecah belah sokongan mereka di dalam Dewan Rakyat.

DR. MAHATHIR TETAP KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI:

Dr. Mahathir tetap akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya, 84 Ahli Parlimen yang bersama beliau;

Disokong oleh 37 Ahli Parlimen UMNO di Dewan Rakyat sebagai…

A Loose Coalition Government.

(Satu Pakatan Kerajaan yang longgar).

SOKONGAN DR. MAHATHIR AKAN MENINGKAT KEPADA 121 AHLI PARLIMEN.

INI JUGA BERMAKSUD:

Kerajaan PM Dr. Mahathir tetap memerintah negara ini tanpa parti PKR Anwar Ibrahim, tanpa DAP, tanpa Amanah dan tanpa Warisan.

Kerajaan Gabungan PM Dr. Mahathir akan terbina di antara parti BERSATU, serpihan PKR Azmin, GPS Sarawak dan PAS serta beberapa lagi Ahli Parlimen yang akan melompat menyokong Dr. Mahathir dan Pakatan Kerajaan Minoriti ini.

Manakala, UMNO akan hanya menyokong Kerajaan Minoriti ini di dalam Dewan Rakyat sekiranya:

1. Ada undi tidak percaya terhadap PM atau kerajaan ini.

2. Mengundi perkara-perkara pokok seperti meluluskan Bajet Negara untuk 2021, sebagai contoh.

KEMUNGKINAN SOKONGAN INI MEMPUNYAI BEBERAPA SYARAT YANG TERTENTU IAITU:

UMNO sokong Kerajaan Minoriti PM Dr. Mahathir ini sehingga:

1. Persidangan APEC November 2020, di mana selepas APEC, Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-15.

2. Atau kemungkinan satu Kerajaan Perpaduan dibina di atas kerjasama politik ini, dengan mengumumkan persaraan dari politik oleh Dr. Mahathir dan Najib Razak.

3. Satu set kepimpinan negara yang baru dipilih dalam kalangan gabungan Kerajaan Perpaduan ini.

INI ADALAH KEMUNGKINAN- KEMUNGKINAN YANG AKAN BERLAKU MENJELANG BULAN MEI 2020.

Kita tunggu dan lihat.

Sekian.

Salam. 

DSBA

13 Januari 2020

Shah Alam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts