PERKASA GESA G25 AGAR BERHENTI KELUAR KENYATAAN MENGELIRUKAN MENGENAI ISLAM

711
SHARES
2.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 

Oleh Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah

Naib Presiden dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (BIHALIM)

Merangkap Ahli Dewan Tertinggi  (ADT)

12 Januari 2020 (Sabtu)

Bersamaan 7 Rabiulawal 1441H
16.45HRS

1. PERKASA merujuk kepada laporan akhbar dalam talian, Malaysiakini.com bertajuk;

G25: Jika mahu tinggalkan Islam, itu antara dia dan Tuhan” bertarikh 11 Januari 2020.

2. Kumpulan G25 adalah seperti puak yang hidup di zaman jahiliah apabila mereka membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan. Salah satu sifat undang-undang ialah menghukum selain daripada mencegah dan juga mendidik. Adakah salah jika undang-undang sedia ada menghukum mereka yang melakukan kesalahan berkaitan agama? Semestinya tidak. Oleh yang demikian, pandangan kumpulan G25 ini amatlah janggal dan pelik.

2. Jika ini adalah intipati daripada kertas laporan G25 yang bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”, pastinya ada banyak lagi hujah-hujah yang songsang dan khilaf.

3. Perkasa berpendapat bahawa pandangan puak G25 dalam laporan tersebut jelas bertentangan dengan falsafah perundangan Islam. Kita sepatutnya mengambil tindakan undang-undang yang lebih serius terhadap individu yang tidak bersolat Jumaat. Jika tidak, tiadalah gunanya kewujudan hukum dan undang undang dalam Islam. Kumpulan G25 juga tidak faham tentang hukum-hakam Islam apabila mereka menyatakan “tindakan tersebut adalah tidak wajar dan perkara dilakukan seorang Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan” . Dari mana kumpulan G25 ini belajar mengenai undang- undang Islam? Bagaimana pula hubungan individu itu dengan orang lain dan masyarakat?

4. Seperkara lagi, kumpulan G25 juga mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kenapakah puak G25 ini masih tidak faham maksud ‘kebebasan beragama’? Ia bukanlah bermaksud bebas meninggalkan atau mematuhi ajaran-ajaran agama. Dalam konteks Islam, segala titah perintah Allah SWT adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan, bukannya alternatif atau pilihan.

5. Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan iaitu; hak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama berbeza antara Islam dengan agama lain. Jika seseorang Islam ingin kekal dalam agama Islam, beliau adalah seseorang yang taat kepada titah perintah Allah, jika beliau keluar, ada peruntukan undang-undang Islam terhadapnya.

6. Kumpulan G25 berpendapat tiada sesiapa boleh dipaksa mempercayai Tuhan dan tiada sesiapa boleh dipaksa kekal dalam Islam. Soalnya, jika seseorang itu telah Islam, maka beliau perlu menjadi seorang yang komited dalam konteks akidah, akhlak, muamalat dan seumpamanya. Baguslah jika kumpulan G25 sedar kesalahan “…meninggalkan Islam adalah sesuatu yang dikesali“.

7. Pandangan kumpulan G25 juga tersasar dan songsang apabila mereka menyatakan bahawa “…. sekiranya dia tetap mahu meninggalkan Islam, maka itu antaranya dengan Tuhan. Tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam Al-Quran”. Kenapakah sebegitu bodoh kumpulan G25 ini? Banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang membahaskan persoalan murtad ini.

8. Manakala hujah bahawa penubuhan MKI, JAKIM tidak mengikut Perlembagaan juga adalah tersasar daripada hakikat sejarah dan asas Islam sebagai agama Persekutuan. Semua orang celik sejarah mengetahui bahawa penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah selari dengan Perlembagaan. Kumpulan G25 ibarat bodoh tidak boleh diajar dalam konteks ini kerana mereka merujuk kepada orang yang tidak faham tentang sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Benar, tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk penubuhan organisasi berkenaan. Tetapi sedarkah mereka peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan penubuhan sebarang entiti atau organisasi berkaitan dengan Islam? Terimalah hakikat sejarah Islam dalam negara kita. Ketahuilah bahawa kuasa Majlis Raja-raja, yang dihadkan kepada perkara-perkara yang ditetapkan dalam Perkara 38 Perlembagaan, adalah termasuk menubuhkan sebarang entiti atau agensi persekutuan seperti MKI atau Jakim. Janganlah pula disanggah kuasa Majlis Raja-Raja, kelak buruk padahnya.

10. PERKASA menggesa semua pihak dalam G25 agar memikirkan perkara memajukan Islam dalam negara ini dan bukan memberi fokus kepada perkara-perkara picisan dengan tujuan mencari publisiti murahan dan populariti. Belajarlah agama daripada ulama sebenar dan bukan daripada orang yang mendapat petunjuk daripada syaitan yang jahil murakab.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts