LIMA PERKARA PENTING YANG MAHATHIR PERLU SELESAIKAN SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN

399
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Pagi tadi Perdana Menteri Dr Mahathir mengumumkan beliau akan memangku jawatan Menteri Pendidikan sementara beliau mencari pengganti.

Masalah Dr Mahathir sekarang ialah:

Di manakah beliau akan mencari Ahli Parlimen atau Senator PH yang bijak dan berkualiti untuk dilantik sebagai Menteri Pendidikan memandangkan semua bijak pandai berkualiti pada hematnya yang selari dengannya telahpun dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet PH sedia ada.

Dan Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang terbesar dalam kerajaan dengan jumlah anggota kerja yang teramai dan peruntukan yang tertinggi.

Mahathir tidak semudahnya akan beri kepada sesiapa lebih-lebih lagi kepada Anwar.

Oleh itu seperti yang dijangka beliau sendiri akan pangku jawatan Menteri Pendidikan ini tanpa tempoh yang ditentukan atau indefinitely.

Sebagai Menteri Pendidikan, terdapat sekurang-kurangnya lima tugas utama yang perlu diselesaikan oleh Dr Mahathir dahulu:

PERTAMA, menyelesaikan kemelut Dong Zhong dan tulisan Jawi di sekolah vernakular:

Adakah Mahathir masih akan bersembang berdegar-degar menentang Dong Zhong di depan namun di belakang tabir tunduk kepada Dong Zhong?

Setakat menyerahkan kuasa kepada PIBG untuk membuat pertimbangan berkenaan tulisan Jawi bukanlah suatu keputusan yang konkrit dari pihak kerajaan.

Sebagai Menteri Pendidikan beliau perlu membuat keputusan yang jelas.

Malah sebagai Menteri Pendidikan yang juga Perdana Menteri, beliau boleh mengharamkan Dong Zhong jika beliau mahu kerana Dong Zhong kerap menyemarakkan api perkauman.

KEDUA, menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah kebangsaan terutama di kawasan luar bandar:

Kini kekosongan guru sedia ada direkodkan melebihi 6,000 orang terutama di sekolah rendah.

Tahun ini terdapat lebih 2.2 juta murid di 7,772 sekolah rendah di seluruh negara.

Kekurangan yang tidak diisi ini akan meningkatkan lagi beban guru sedia ada dan memberi kesan negatif kepada pembelajaran anak-anak.

Namun baru-baru ini kerajaan telah membuat keputusan untuk mengurangkan saiz penjawat awam dan tidak mengisi kekosongan jawatan dari persaraan.

Adakah kekosongan jawatan guru-guru ini juga terlibat dan tidak akan diisi?

Dan adakah kerajaan tidak rasa bersalah memberikan peruntukan berjuta-juta ringgit kepada sekolah-sekolah swasta yang lebih mampu, namun kedekut dan berkira pula untuk mengisi kekosongan guru di sekolah kebangsaan dengan alasan kononnya kekurangan dana?

KETIGA, masalah peluang pekerjaan yang semakin sempit untuk graduan-graduan dan belia lepasan sekolah dan universiti serta pembayaran PTPTN:

Setakat hujung tahun lepas kadar pengangguran belia termasuk graduan telah melonjak sehingga 11 peratus. 

Kadar ini adalah hampir empat kali ganda daripada kadar pengangguran keseluruhan rakyat Malaysia.

Graduan-graduan yang kebanyakannya daripada universiti-universiti awam terutamanya graduan-graduan Melayu amat sukar untuk mendapat pekerjaan dengan ijazah yang dimiliki.

Ramai daripada mereka yang berijazah kini bekerja sebagai buruh biasa seperti pembawa GrabFood, FoodPanda, pembantu kedai di pasaraya, waiter dan sebagainya.

Dan walaupun mendapat gaji minimum yang rendah sebagai buruh biasa, mereka tetap kena bayar PTPTN setiap bulan untuk kos ijazah yang diambil bagi kerja yang berkualiti tinggi.

Ini amatlah menekan mereka di kala menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sebagai Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab ke atas pendidikan dan ke atas PTPTN, dan juga sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas ekonomi negara dan pengwujudan peluang-peluang pekerjaan, Mahathir perlu menyelesaikan masalah ini.

KEEMPAT, masalah rasuah dan kronisme dalam pemberian kontrak di Kementerian Pendidikan:

Setiap tahun Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan yang terbesar iaitu sebanyak lebih 20 peratus daripada perbelanjaan Persekutuan.

Tahun ini RM64.1 billion diperuntukkan kepada kementerian ini.

Dan peruntukan projek mereka juga adalah antara yang terbesar.

Dengan peruntukan projek yang besar ini, ia juga datang dengan masalah rasuah yang juga besar.

Sebelum ini terdapat kes-kes rasuah besar yang disiasat oleh SPRM melibatkan projek-projek Kementerian Pendidikan yang berjumlah sehingga lebih RM1 billion.

Adakah siasatan ke atas kes-kes ini akan diteruskan dan diambil tindakan atau adakah mereka-mereka yang terlibat akan juga terlepas begitu sahaja seperti yang berlaku kepada ahli-ahli politik PH dalam kerajaan kini?

Dan adakah masalah rasuah kroni akan berterusan dan menjadi lebih teruk di bawah Mahathir sebagai Menteri Pendidikan?

Seperkara lagi, SPRM perlu lebih aktif dalam pencegahan rasuah di kementerian-kementerian yang mendapat peruntukan kerajaan yang besar seperti Kementerian Pendidikan, bukannya sibuk merakam atau mendengar perbualan suami isteri dalam rumah tangga orang.

KELIMA, fokuslah kepada isu-isu dasar yang kritikal kepada pembangunan pendidikan rakyat Malaysia, bukan lagi kepada dasar-dasar picisan seperti kasut hitam, stokin hitam, dan guna kolam renang hotel.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/628823574539837/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts