WIRA PUTRA CABAR HAZIQ BERSUMPAH LAKNAT DAN PEGUAM NEGARA DAKWA BELIAU KERANA FITNAH MENTERI KANAN KERAJAAN

379
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

9 Januari 2020 | 13 Jamadilawwal 1441H

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

1. Keputusan Peguam Negara berkenaan video intim semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali itu menguatkan lagi pandangan rakyat bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan dasar ‘Selective Rule of Law’.

Amalan pendakwaan secara terpilih ini hanya boleh didapati di bawah pemerintahan undang-undang rimba kerajaan PH.

Secara realistik Haziq Aziz telah membuat pengakuan terang-terangan berkenaan beliau antara individu yang terlibat di dalam video tersebut bersama pasangannya Azmin Ali.

Jika diteliti sepintas lalu atau tanpa kajian forensik sekalipun video tersebut, boleh dikenalpasti bahawa raut wajah tersebut adalah mirip Azmin Ali.

2. Yang lebih menghairankan PDRM juga dinyatakan telah menghantar rakaman video berkenaan kepada ‘pakar forensik’ bebas di Amerika Syarikat akan tetapi laporan analisa gagal mengenal pasti dengan alasan yang terlalu ringkas iaitu kerana video tersebut beresolusi rendah.

Siapakah pakar yang dilantik untuk membuat analisa ini? Kenapa tidak pernah dinyatakan siapa dan di mana analisa terbabit dibuat?

Mungkin juga ia hanya dihantar kepada pelajar jurusan Sains Komputer atau yang mempunyai kemahiran digital yang berada di AS.

Jangan terus memperbodohkan rakyat dan jadilah kerajaan yang telus.

Sedangkan identiti penyamun bertopi keledar di 99 Speedmart di Shah Alam boleh polis Malaysia kenal pasti tanpa hantar pengesahan ke AS, dengan rakaman suarapun sudah boleh kenal pasti suara Najib dan Rosmah tanpa hantar ke forensik.

Maka tidak mungkin pelaku video yang tidak bertopeng dan pasangannya juga sudah mengaku masih tidak boleh dikenalpasti?

Ini semua adalah karut pemimpin kerajaan PH hari ini.

3. Sehubungan itu, Wira PUTRA mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Peguam Negara sepertinya beliau dan sekutu sengaja ingin memperbodohkan rakyat dengan kenyataan yang tak masuk akal dan berat sebelah.

Menjadi persoalan kenapa AG tak mahu mendakwa mana-mana pihak?

Duit gaji AG ini hasil dari cukai rakyat yang dikutip dan seluruh rakyat hari ini perlukan kebenaran.

Adalah tidak sepatutnya beliau membuat kenyataan sambil lewa dan tidak mahu mencari kebenaran dengan bersungguh-sungguh dengan menerima syor bulat-bulat seperti sengaja ingin menutup kes yang sensasi ini.

4. Wira PUTRA juga mencabar AG dan Ketua Polis Negara untuk mendakwa dan ambil tindakan kepada Haziq kerana telah memfitnah dan memberi keterangan palsu ke atas seorang menteri kanan kerajaan bagi membersihkan kembali kedaulatan dan integriti kerajaan yang telah dicemar dengan perlakuan songsang yang bercanggah dengan agama, moral dan akhlak pemimpinnya.

Wira PUTRA juga menggesa dan mencabar Haziq untuk mengangkat sumpah laknat bahawa kedua mereka terlibat dalam video intim tersebut bagi mengukuhkan kebenaran atas kenyataan sebelum ini.

Kebenaran perlu berpaksikan kepada kenyataan yang benar dan bukannya khayalan atau rekaan. Setiap yang benar pasti terbukti jika sungguh-sungguh dibongkarkan.

5. Wira PUTRA yakin apabila Haziq mula dibicarakan, laporan sebenar tidak kira daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia atau mana-mana pakar forensik pasti mengesahkan yang ia tulen dan dengan mudah mengecam wajah pelaku sama ada sepadan dengan menteri kanan terlibat.

PUTRA PERKASA NEGARA

WIRA LAMBANG JATI DIRI PUTRA

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts