MASZLEE KORBAN PERALIHAN KUASA

47
SHARES
504
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

2 Januari 2020

Pelik juga Maszlee ni. Dia memulangkan balik jawatan Menteri Pendidikan kepada ayahandanya.

Macamlah jawatan itu jawatan pinjam.

Begitulah sifat beliau yang tetap angkuh walaupun di saat disuruh meletak jawatan.

Sebelum itu hampir 30 minit dia membentangkan pencapaian KPM semasa dia menjadi menterinya.

Kalau pencapaian cukup hebat kenapa mesti letak jawatan?

Maszlee orang kedua dari PPBM yang diminta meletak jawatan oleh PM.

Sebelum ini Osman Sapian diarah letak jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

Adakah kerana prestasi buruk?

Kalau alasan prestasi, sudah tentu beberapa lagi Menteri PPBM kena letak jawatan.

Kajian Malaysiakini mendedahkannya.

Antaranya, Syed Sadiq (Ketua Armada), Rina Harun (Ketua Serikandi), RedzuanYusof (Pengerusi PPBM Melaka), Mahyuddin (Presiden) bahkan Mahathir sendiri.

Mereka itu berjawatan sedangkan Maszlee tidak berjawatan tinggi dalam parti.

Justeru Maszlee dikorbankan untuk membawa masuk seseorang.

Ia adalah game plan peralihan kuasa.

Pastinya dia bukan Anwar Ibrahim.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend