KENYATAAN PELETAKAN JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN DR. MASZLEE MALIK

37
SHARES
403
VIEWS

1. Peletakan jawatan secara mengejut Menteri Pendidikan Dr Maszlee sangat wajar dan sepatutnya dibuat lebih awal lagi atas desakan banyak pihak, memandangkan kegagalan beliau menerajui KPM dengan kemas dan baik.

2. Beliau gagal dalam banyak perkara seperti memperkasakan pendidikan Islam dalam pendidikan kebangsaan, bantuan kepada sekolah agama rakyat terus terabai, gagal membendung desakan pertubuhan pendidikan cina seperti Dong Zong dan DAP dalam isu UEC dan komik komunis serta Jawi sehingga PM terpaksa mempertahankan pendirian tegas berkaitan polisi dan dasar pendidikan kebangsaan.

3. Beliau juga tidak matang dalam banyak perkara seperti idea lucu kasut hitam, cadangan berenang di hotel dan sebagainya, serta kejatuhan ranking Pisa yang teruk di peringkat antarabangsa dalam  Matematik dan Sains.

4. Kegagalan lebih besar beliau adalah disebabkan di kelilingi oleh pihak daripada NGO IKRAM dan NGO liberal DAP yang menjadi penasihat di belakang tabir sehingga idea mereka sangat tertutup kepada NGO pendidikan lain yang berada di luar untuk memberikan cadangan bagi memperkasakan pendidikan negara.

Kami berharap Perdana Menteri akan memangku jawatan Menteri KPM dan terus memperkasakan pendidikan kebangsaan bagi menghadapi tekanan daripada NGO pendidikan cina seperti kumpulan Dong Zong yang membawa ideologi rasis dan komunis.

Juga diharapkan Perdana Menteri terus memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara, mengembalikan semula geran perkapita sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2003, dan menolak UEC sepenuhnya.

Serta membatalkan sekolah vernakular dan diserap menjadi sekolah kebangsaan, bagi mencapai perpaduan kaum di negara ini, melalui pembelajaran satu bumbung, guru yang sama, kurikulum kebangsaan yang sama dan peperiksaan yang sama.

Pendidikan yang membangunkan bangsa dan negara dan kami yakin Tun Mahathir mampu melakukannya.

Mohd Zai Mustafa

Ketua Eksekutif

Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM)

Timbalan Pengerusi Ummah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan