TUN MAHATHIR KATA TIADA KERJASAMA DENGAN UMNO

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah atas kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dengan mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Pemilihan Presiden UMNO 2018.

Namun beliau menegaskan tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana tindakan UMNO sebelum ini yang memudaratkan beliau dan juga parti sehinggakan rakan-rakan lari meninggalkannya.

Sebelum ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bertemu dengan Tun Mahathir bagi mendapatkan nasihat namun dinafikan oleh Zahid kemudiannya.

Pertemuan Zahid dan Tun Mahathir dipandang sinis oleh segelintir pihak kerana tindakan bertemu bagi meminta nasihat itu kelihatan tidak wajar kerana belum pernah lagi terjadi sebelum ini seorang ketua pembangkang bertemu ketua kerajaan untuk mendapatkan nasihat.

Tengku Razaleigh atau Ku Li juga menyelar tindakan tersebut kerana tiada keperluan berbuat begitu kerana berlainan parti (pembangkang dan kerajaan).

Dalam keadaan yang mencabar, akaun UMNO dibekukan, Zahid sendiri akan disiasat mengenai yayasan milik keluarganya, Ahli Parlimen UMNO melompat dan keluar parti, tidak berpengalaman sebagai pembangkang dan pelbagai lagi masalah yang melanda UMNO termasuk ketiadaan dana untuk membayar operasi UMNO sekitar sejuta sebulan bagi 300 kakitangan, tentu membuatkan Zahid tertekan dan memerlukan bantuan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Dengan jumlah terkini ahli UMNO seramai lebih 3.6 juta orang, sekiranya seorang menderma 10 ringgit sebulan maka UMNO akan mampu mengumpul lebih 36 juta ringgit sebulan bagi membiayai operasi, gerak kerja dan peruntukan untuk Ahli Parlimen dan ADUN, apatah lagi jika derma tersebut dibuka kepada rakyat yang masih setia kepada UMNO.

Namun derma tersebut perlu dipantau dan disalurkan sebaik mungkin bukannya hilang di tengah jalan.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts