KINI SUBSIDI PETROLEUM PULA DITANGGUH – ISHAM JALIL

388
SHARES
2.3k
VIEWS

Petang tadi Menteri harga barang Saifuddin Nasution mengumumkan penangguhan Program Subsidi Petroleum (PSP) yang mereka telah umumkan sebelum ini.

Mengikut program subsidi ini mereka (Kerajaan PH) berjanji untuk memberi subsidi 30 sen seliter (maksimum 100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter untuk motorsikal) bermula pada 1 Januari 2020 iaitu lusa.

Kini pada saat-saat akhir mereka putuskan untuk tidak tunaikan janji ini juga.

Saifuddin dan Kerajaan PH ini, harga bawang naik tiga kali ganda sampai RM15 sekilopun mereka tidak boleh kawal. Bawang sekarang harganya sampai seringgit sebiji.

Kini subsidi petrol 30 sen sehari yang dijanjikanpun mereka tidak mahu bagi.

PM Mahathir dan menteri-menteri lain ramai masih bercuti di luar negeri.

Dan TPM Azizah kata ekonomi berkembang dan tiada kenaikan mendadak harga barang.

Mereka ini duduk di dunia mana?

Kepada Kerajaan PH dan Menteri-menteri:

Apa guna memakai sari,
Jika tidak bersama selendang,
Memang enak jadi menteri,
Gaji banyak walaupun bangang.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/618744568881071/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts