MELAYU ASALNYA TIDAK BERSIKAP PERKAUMAN – BUZZE AZAM

471
SHARES
2.7k
VIEWS

Melayu asalnya bukan perkauman. Buktinya?

Melayu tahun 1955 telah memberikan kemenangan 51 daripada 52 Kerusi Parlimen kepada Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang membolehkan pendatang Cina dan India diberikan taraf kewarganegaraan Tanah Melayu secara mudah walaupun Perlembagaan mensyaratkan mesti angkat sumpah taat setia kepada Raja dan Negara, mestilah menggugurkan ketaatan kepada negara asal, mestilah memahami Bahasa Melayu mudah, semua syarat ini dikecualikan secara politik, bukan secara undang-undang untuk membolehkan 1.73 juta pendatang didaftarkan sebagai warganegara antara tahun 1957-1970.

Bermula dari 1957, Melayu menerima bukan Melayu sebagai saudara dan bersetuju membangunkan negara ini bersama-sama serta melupakan perbezaan warna kulit dan agama atas konsep hormat-menghormati.

Walaupun Melayu menguasai politik dan pentadbiran negara, tidak pernah sekalipun berlakunya penindasan dan diskriminasi terhadap kaum pendatang malahan Melayu terpaksa bertolak ansur dan beralah kepada kaum minoriti.

Namun selepas 62 tahun Merdeka, apabila bukan Melayu mula menguasai politik dan pentadbiran Kerajaan, satu demi satu serangan dan penutupan Agensi Melayu Islam dilakukan.

Melayu terus ditindas secara strategik, diberhentikan kerja, dinafikan hak makan, hak rumah, hak pendapatan malah harga bawangpun dinaikkan.

Jadi apa pilihan yang Melayu ada? Diam dan membisu lagi ke?

Maka Melayu mula memainkan sentimen perkauman pada tahun 2019 walaupun kaum lain sudah memainkan sentimen perkauman mereka sejak tahun 1957.

Sentimen Melayu baru bermula, selepas 62 tahun dan permainan sentimen Melayu ini adalah berdasarkan fakta dan hakikat bahawa Melayu sedang merempat di tanahair sendiri.

Oleh itu, Ketua Polis Negara perlu mengingatkan kaum Cina dan India, hentikan provokasi terhadap  kaum Melayu.

Hentikan penindasan terhadap kaum Melayu. Kembalikan hak-hak Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Jika pihak polis membiarkan Melayu terus dibuli sambil terus melindungi pembuli, maka tunggulah akibatnya ibarat “haiwan liar yang akan masuk ke bandar apabila habitat asalnya diganggu pembangunan manusia”.

Saat itu hampir tiba.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

(Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts