ULASAN KEPADA GESAAN RESPA OLEH PRESIDEN PUTRA

732
SHARES
2.6k
VIEWS

Kenyataan Media

PUTRA menyokong saranan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) agar kerajaan segera menggubal undang-undang dan peraturan yang lebih jelas untuk mengharamkan sebarang gerakan yang cuba menghidupkan idealogi komunisme.

Sebelum ini komunis berada dalam hutan tetapi selepas Perjanjian Hatyai, kini mereka berada dalam bandar.

Mungkin ada dalam Dewan Rakyat, dalam kerajaan, dalam parti-parti politik, dalam berbagai NGO dan berada di mana-mana termasuk dalam pasar dan di sekolah-sekolah persendirian.

Komunis dalam bandar lebih tertumpu kepada menyebarkan fahaman komunis dan membesar-besarkan cerita perjuangan komunis, berbeza dengan perjuangan komunis dalam hutan yang mengangkat senjata.

Kini banyak agenda nasional yang berteraskan Perlembagaan ditentang secara terbuka. Ini jelas dorongan fahaman komunis di mana antara ideologi komunis adalah menolak fahaman agama (Islam) dan Institusi Raja.

Penyokong komunis dalam bandar kini lebih berani sejak ISA dimansuhkan. ISA dahulu digubal bertujuan untuk menangani gerakan kominis yang mengancam keselamatan negara.

Sekarang semakin kuat tekanan untuk menghapuskan SOSMA dan gesaan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau IPCMC, yang semua ini pasti akan merancak gelombang tentangan terhadap institusi yang sudah sebati dengan rakyat dan negara.

Pada pandangan PUTRA, kembalikan semula ISA dan menambahbaik SOSMA serta laksanakan pengawasan yang teliti dan menyeluruh terutama di sekolah-sekolah persendirian, universiti dan NGO “tertentu” yang secara tidak langsung menjadi ejen mengembangkan fahaman komunis.

Walaupunpun penting dari sudut ekonomi dari pelancongan, namun Malaysia kini terbuka luas tanpa kawalan dan ribuan pelancong yang datang tidak pulang ke negara asal mereka serta ditambah dengan PATI yang boleh membawa pelbagai kesan termasuk yang terlibat dengan fahaman komunis.

PUTRA menggesa negara melaksanakan lebih banyak undang-undang kerana negara berdepan dengan pelbagai ancaman. NGO seperti PERKASA sudah lama menyuarakan gesaan ini.

Terima kasih.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Penaja PUTRA dan Presiden PERKASA

25 Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts