ISU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUALLIM (TANJUNG MALIM) YANG DITUTUP

557
SHARES
3.3k
VIEWS

REALITI SEBENARNYA. 

Menerusi catitan dari FB Dato Khusairi Talib (DK) mengenai penutupan PPD Mualim, beberapa persoalan dikemukakan oleh ADUN Slim ini;

1. Memang benar PPD Mualim yang diusahakan oleh beliau pada tahun 2017 (kerana pembukaan daerah yang baru di Perak), ditutup buat masa ini.

2. Dato’ Khus (DK), juga menyatakan bahawa dia telah mengadakan perjumpaan dengan Dr. Aziz Bari (Exco Pendidikan Perak – DAP), dan mendapati bahawa Pengarah Pendidikan Negeri Perak lebih berkuasa daripada Exco dan Menteri Besar Perak, di dalam isu penutupan PPD Mualim di Tanjung Malim ini.

REALITI SEBENARNYA:

1. PPD Muallim adalah merupakan satu PPD Satelit sahaja. PPD Muallim tiada peruntukan atau waran tersendiri. Penjawatan juga diambil dari PPD Batang Padang yang terletak di bandar Tapah.

2. Apabila berlaku penstrukturan semula, Waran yang dihantar adalah hanya untuk PPD Batang Padang.

3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Bahagian Sumber Manusia (BSM) hanya meluluskan Waran ataupun Peruntukan Kewangan untuk PPD Batang Padang sahaja. Tiada peruntukan Waran tambahan untuk PPD Muallim.

4. Walaupun usaha telah dilakukan untuk memohon Waran peruntukan untuk PPD Muallim, kelulusan bergantung kepada Pusat yang bertanggungjawab iaitu JPA.

5. Dimaklumkan, Pengarah Pendidikan Negeri Perak tidak bertanggungjawab menutup PPD Muallim.

6. Penjawat Awam di Jabatan Pendidikan Negeri Perak hanya menjalankan tugas dan amanah seperti mana diarahkan oleh Agensi Pusat dan Government of the Day.

PERSOALAN SEBENARNYA:

1. Yang Menutup PPD Muallim di Tanjung Malim ialah Menteri Pendidikan sendiri iaitu Dr. Maszlee, yang telah melakukan penstrukturan semula.

2. Yang menutup PPD Mualim ialah LIM GUAN ENG, Menteri Kewangan, kerana menyekat peruntukan yang mencukupi untuk JPN Perak meneruskan operasi PPD Muallim.

3. Kita jangan ambil jalan mudah menyalahkan penjawat awam yang menjalankan amanah mentadbir negara dan negeri-negeri.

Kita perlu siasat dulu.

TERBUKTI:

Kita mempunyai Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan PH, yang kerap kali melakukan kesilapan dan kesalahan di dalam pentadbiran.

Yang kemudiannya, MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM.

Salam.

DSBA

25 Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts