DONG JIAO ZONG LANGGAR PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN SECARA TIDAK LANGSUNG KHIANAT PADA RUKUN NEGARA

783
SHARES
2.9k
VIEWS

Sifat biadap dan sikap kurang ajar oleh Dong Jiao Zong dalam isu “Tulisan Jawi” yang sengaja dibesar-besarkan dilihat semakin melampau dan keterlaluan apabila menghasut orang ramai terutamanya kaum Cina supaya turun berhimpun membantah pembelajaran tulisan Jawi di SJK (C) dan (T) di seluruh negara yang hanya 3 mukasurat. Tindakan ini merupakan perbuatan khianat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan secara tidak langsung menderhaka terhadap DYMM Yang Dipertuan Agong.

2. Kumpulan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong menyeru semua pertubuhan Cina yang lain mendaftar bagi menunjukkan sikap mereka dengan menghadiri perhimpunan yang bakal diadakan oleh Dong Jiao Zong bagi membantah pengenalan pelajaran Jawi di sekolah vernakular.

3. Dalam kenyataan menggalakkan lebih banyak persatuan Cina hadir berhimpun yang akan berlangsung di Kolej New Era di Kajang pada 28 Disember ini, berkata:

“Kongres Organisasi Cina adalah gabungan kekuatan untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah. Ia juga adalah gesaan kepada kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan membatalkan pengenalan pelajaran Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk sekolah jenis kebangsaan.”

4. Hal ini boleh dilihat dengan merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan 1963 yang mencatatkan peruntukan sedia ada yang seperti berikut:

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa:-

(a) tiada seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

5. Manakala dalam Akta 32 perundangan negara mencatatkan seperti berikut:

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67, jelas telah termaktub pada Perkara 9 iaitu; Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini TIDAK MELARANG PENGGUNAAN TULISAN MELAYU, yang lebih dikenali dengan nama tulisan JAWI, bagi Bahasa Kebangsaan.

6. Tindakan Dong Jiao Zong mengadakan himpunan membantah pembelajaran tulisan Jawi bukan setakat melanggar peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan, tetapi juga secara tidak langsung dengan sengaja memberontak kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, kerana syarat kewarganegaraan bagi seseorang itu ialah wajib atas dirinya memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada Yang Dipertuan Agong sebagaimana terdapat dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

7. Persoalannya, bagaimana mungkin ada kesetiaan kepada Raja dan Negara apabila pada diri penganjur perhimpunan dan ahlinya dari persatuan Dong Jiao Zong dilihat sering kali menderhaka terhadap Rukun Negara, dan ini jelas apabila Dong Jiao Zong menghasut rakyat supaya turun membantah pembelajaran tulisan Jawi. Tulisan yang juga termeterai di dalam kebanyakan persuratan perjanjian sejak dahulu lagi.

8. Siapa Dong Jiao Zong? Mana boleh suara mereka ini mengatasi Perlembagaan negara!

9. Justeru, melihat kepada sikap melampau ini yang sengaja mengundang kekacauan dan ketidakstabilan keamanan dalam negara maka kerajaan hari ini patut mengharamkan persatuan ini yang sering kali menuntut perkara yang boleh mencetus huru-hara di kalangan kaum dalam negara.

10. Haramkan Dong Jiao Zong dan tangkap ahlinya yang memberontak serta hukum mereka dengan hukuman yang keras agar kumpulan biadap seperti ini tidak menjadi ikutan generasi akan datang.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts