PUTRA GESA TUBUH RCI KES BUNUH ALTANTUYA

557
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PENAJA PARTI PUTRA

1. Kes bunuh Altantuya makin celaru walaupun ia sudah berlalu lebih 10 tahun. Ia bercelaru kerana sudah dipolitikkan sampai ke tahap maksima.

2. Isu Akuan Bersumpah (SD) Azilah makin kontroversi dan ia menjadi misteri dan mengejutkan. Macam-macam persoalan dan tanda tanya timbul mengenai SD Azilah ini. Banyak perkara berbangkit yang perlukan jawapan yang telus dan terbuka, termasuk pihak-pihak yang terlibat.

3. Susulan SD Azilah, Dato Seri Najib Tun Razak sekali lagi melafazkan sumpah laknat yang merupakan sumpah laknat kali ketiga. Yang ketiga dan terbaru ini dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat pada 20 Disember 2019.

4. Banyak pihak sudah mempolitikkan isu sumpah laknat ini sehingga berjangkit kepada pihak-pihak lain yang patut juga digesa melakukan sumpah laknat. Ada pemimpin parti Amanah pula mahu Haji Hadi juga melakukan sumpah laknat. Inilah wajah-wajah terburuk di mana masing-masing mempersendakan ‘sumpah laknat’ demi politik bernilai 7 sen.

Begitu busuknya hati puak-puak tertentu berpolitik. Tidak ada maruah dan harga diri langsung. Tidak boleh memahami dan memisahkan perkara-perkara yang diizinkan oleh amalan dalam agama Islam dengan sifat politik murah an. Ini semua jenis harga 7 sen.

5. Golongan bukan Islam juga turut campur mengenai Sumpah Laknat dan mencampur-adukkan dengan jelas bersikap biadap sehingga mempersendakan Islam.

Islam adalah juga agama “way of life” dan terdapat nilai-nilai hidup dan tata caranya yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis sahih serta termaktub sebagai hukum syarak.

Kepada pihak bukan Islam diminta jangan mempolitikkan dan mencampur-adukkan ‘sumpah laknat’ yang dilakukan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang berkaitan dengan isu pembunuhan Altantuya. Sama-sama kita tunggu petunjuk dari Allah SWT.

6. Oleh kerana isu Altantuya timbul kembali dan makin kusut dan bercelaru, demi mencari kebenaran dan keadilan semua pihak;

7. Saya mencadangkan kepada Kerajaan dan restu ke bawah DYMM YDP Agong, supaya DITUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA (RCI) bagi menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Penubuhan RCI juga adalah cara terbaik supaya dapat merungkai semua aspek kes Altantuya yang pastinya RCI adalah telus dan terbuka.

Tidak perlu diragui kerana terkini timbul banyak persoalan dan tanda tanya mengenai SD Azilah dan DSNR pula telah bersumpah laknat.

Anggota RCI hendaklah terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa, bersih, berilmu, berintegriti dan bersifat adil serta tidak memihak.

8. Kerajaan mempunyai kewajipan tanggungjawab kepada setiap rakyat dan RCI adalah cara terbaik menangani isu kes Altantuya.

PUTRA menggesa agar segerakan penubuhan RCI yang  disyorkan ini.

PUTRA PERKASA NEGARA

Yang benar,

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Penaja PUTRA

2O Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts