PUTRA TAWAR 1000 SUKARELAWAN BANTU BURU PELANCONG CHINA DAN INDIA TINGGAL LEBIH MASA

1.8k
SHARES
3.3k
VIEWS

PUTRA menawarkan 1000 orang sukarelawan untuk membantu pihak imigresen memburu pelancong China dan India yang tinggal lebih masa di Malaysia.

1. PUTRA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Imigresen yang dilaporkan Akhbar Sinar Harian pada 6 Disember 2019.

2. Berita tersebut menyatakan pihak Jabatan Imigresen Malaysia akan memburu lebih 76 ribu pelancong warga China dan 39 ribu pelancong warga India yang tidak mempunyai rekod meninggalkan negara ini selepas kemasukannya.

3. Pendedahan jumlah yang menakutkan ini adalah hasil Laporan Ketua Audit Negara 2018 siri 2.

4. PUTRA juga mendesak Kerajaan menghapuskan Visa On Arrival kepada pelancong China dan India yang terbukti kemudahan ini telah disalahgunakan untuk mereka masuk dan bersembunyi dalam kalangan warganegara yang sekampung dengan mereka di Malaysia.

5. Desakan ini selaras dengan Perisytiharan Tuntutan 10 Perkara Perjuangan PUTRA untuk mengkaji dasar pemberian kewarganegaraan dan kawalan pendatang asing.

6. PUTRA bimbang dengan sindiket Penjualan Mykad yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini membabitkan pegawai JPN dan orang tengah warga China tempatan yang kes mereka sedang dibicarakan.

7. Pasti ramai lagi pelancong asing yang telah membeli Mykad tempatan dari kerja sindiket terancang seperti ini yang menunggu masa untuk terbongkar.

8. Disebabkan kekurangan kakitangan dan pegawai Imigresen untuk menjalankan kerja memburu pelancong China dan India ini, PUTRA mengambil inisiatif menawarkan 1000 orang sukarelawan untuk membantu kerja operasi memburu mereka ini sehingga ke lubang cacing.

9. Keselamatan negara adalah keutamaan PUTRA dan adalah tanggungjawab PUTRA untuk membantu pihak berkuasa menjalankan tugas.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts