ASB: KERAJAAN PENTINGKAN SIAPA SEBENARNYA? – ISHAM JALIL

404
SHARES
2.4k
VIEWS

Ramai pemegang-pemegang saham ASB yang telah mengambil pinjaman bank untuk melabur dalam ASB.

Dan kadar faedah yang perlu dibayar oleh mereka untuk pinjaman ini adalah dalam lingkungan 5 peratus.

Kerajaan PH tentunya tahu akan hal ini.

Selama ini pelabur-pelabur yang meminjam ini telah dijanjikan pulangan ASB yang tinggi yang lebih dari cukup untuk menampung kadar faedah pinjaman bank tersebut.

Namun ia tidak berlaku tahun ini dengan pulangan dividen ASB paling rendah dalam sejarah iaitu pada kadar 5 peratus.

Tidak mustahil Kerajaan PH telah tetapkan kadar pulangan dan bonus ASB tahun ini pada kadar minimum supaya hanya cukup untuk bank mendapat pulangan faedah pinjaman mereka dan tidak rugi, tetapi tidak cukup untuk memberi manfaat kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang telah meminjam untuk melabur.

Kepada pelabur-pelabur yang meminjam ini mereka tidak mendapat apa-apa, yang untung adalah bank-bank.

Kerajaan PH ini pentingkan siapa sebenarnya?

Rakyat atau bank dan taikun?

Isham Jalil

19 Disember 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/608821553206706/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts