SEKOLAH AGAMA ISLAM TIDAK TERJEJAS DENGAN CABARAN TERHADAP SEKOLAH VERNAKULAR – BUZZE AZAM

148
SHARES
468
VIEWS

1. Saya ingin membidas laporan The Star ini yang sedang mencari muka Melayu untuk mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tindakan saya menyaman Sekolah Vernakular di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Walau apapun keputusan kes berkaitan cabaran ini ia tidak menjejaskan sama sekali kedudukan dan hak sekolah-sekolah agama Islam untuk ditubuhkan dan menerima bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

3. Ini kerana Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan bahawa:-

“Adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu”

4. Berbeza dengan Sekolah mubaligh, tiada mana-mana peruntukan Perlembagaan yang membolehkan bajet kerajaan digunakan untuk menubuh atau menyenggara sekolah berkenaan.

5. Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa:-

“Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu”

6. Ini bermaksud tanggungjawab menubuh dan menyenggara sekolah mubaligh adalah tanggungjawab kumpulan agama itu sendiri, bukan Kerajaan dan sebarang penggunaan wang negara untuk tujuan membantu sekolah mubaligh adalah TIDAK BERPELEMBAGAAN.

7. Selanjutnya, saya tidak menafikan hak mana-mana kaum untuk belajar bahasa kaum masing-masing di sekolah. Ini memang hak yang terjamin di bawah Perkara 152(1)(b) Perlembagaan.

8. 152(1)(b) ini bukan isu cabaran saya di Mahkamah Tinggi. Yang menjadi isu cabaran saya di Mahkamah Tinggi adalah Perkara 152 (1)(a) iaitu bahasa pengantar di semua Sekolah Kerajaan adalah WAJIB DALAM BAHASA KEBANGSAAN.

9. Jelas The Star dan pihak penentang tindakan saya ini telah cuba mengelirukan rakyat dalam isu ini.

10. Saya hanya mempersoalkan BAHASA PENGANTAR UTAMA DI SEKOLAH VERNAKULAR SEBAGAI TIDAK BERPELEMBAGAAN, bukannya mempersoalkan hak Perlembagaan mereka mempelajari bahasa ibunda mereka sebagai salah satu subjek mata pelajaran di sekolah.

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 

(Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam)

Rujuk pautan berita:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/18/mission-religious-schools-also-in-jeopardy-if-legal-action-taken-against-vernacular-schools-says-social-activist?fbclid=IwAR0krsgQKdOIg67OWJUYjZlO7eJ_19sNkngentL6mZGPwDxbKDtTy98uuZQ#wJ41OgiuqCMj1FRt.99

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend