JANGAN BIARKAN MUSLIM UIGHUR BERSENDIRIAN

356
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

19 Disember 2019 l 22 Rabiul Akhir 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyeru semua pihak sama ada pemimpin negara serta seluruh umat Islam untuk bangkit melakukan sesuatu terhadap isu jenayah yang didiamkan oleh dunia sejak sekian lama.

2. Bermula tahun 2017, pihak berkuasa di Xinjiang telah melancarkan propaganda keselamatan dan menahan hampir 228,000 penduduk atas tuduhan jenayah sebagaimana sumber rasmi kerajaan oleh kumpulan hak, China Human Rights Defenders (CHRD). Namun sehingga kini masih belum ada pembelaan terhadap mereka.

3. Lebih malang lagi apabila pendedahan dari imej satelit dan visual diambil oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Earthrise Alliance menunjukkan sebanyak 36 masjid dan tapak keagamaan dimusnahkan atau kubahnya dialih sejak 2017.

4. Menjadi kewajipan kita untuk bangkit mempertahan saudara seakidah kita iaitu Muslim Uighur dan jangan biarkan mereka sendirian sahaja. Pemimpin dunia Islam kena bangkit bertindak dan masyarakat Islam pula kena sentiasa berdoa, menyumbangkan sumbangan dan menyebarkan info semasa muslim Uighur untuk membuka mata dunia sebagai desakan agar kerajaan komunis China diambil tindakan.

5. DPPNS juga menyeru agar anak muda khususnya untuk berada dalam siap siaga, agar apabila semboyan dibunyikan maka jangan ada seorang yang mengaku cintakan agama, kesejahteraan dan keharmonian tertinggal untuk bangkit berjuang bersama.

6. Arahan pimpinan kita turuti walau apa jua keadaan. Diarahkan solat hajat dan qunut nazilah, kita laksanakan! Andai dikerah untuk berhimpun dan berdemo, maka bersedialah!

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَا لَكُمۡ إِذَا قِیلَ لَكُمُ ٱنفِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِۚ أَرَضِیتُم بِٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا مِنَ ٱلۡـَٔاخِرَةِۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا قَلِیلٌ

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” [Surah At-Tawbah 38]

Demi Islam

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2963042767080342&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts