MOHON SUMBANGAN TABUNG PERJUANGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG – BUZZE AZAM

636
SHARES
2.5k
VIEWS

Sumbangan kewangan daripada anda amat diharapkan.

Serta kami berterima kasih atas sumbangan Tuan/Puan ke Tabung Perjuangan Tindakan Undang-undang oleh Buzze Azam.

Sumbangan Tuan/Puan walau berapapun jumlahnya akan digunakan untuk membiayai kos guaman dan kos penyelidikan kes-kes ini.

Terdapat 3 orang Pemegang Amanah kepada Tabung Perjuangan ini yang terdiri daripada Tun Haniff Omar, Tan Sri Zaman Khan dan Prof Emeritus Dato Dr Hashim Yaacob.

Mereka akan memantau dan memastikan dana dari Tabung Perjuangan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan Tindakan Undang-undang oleh Saudara Buzze Azam dan pasukan peguam beliau.

Untuk makluman Tuan/Puan, Saudara Buzze Azam berhasrat untuk memfailkan 7 tindakan undang-undang berbeza dalam tempoh 3 tahun ini, antaranya:-

1. Saman Sekolah Vernakular sebagai bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan.

2. Saman menuntut hak biasiswa dan permit perniagaan untuk orang Melayu dan Bumiputera mengikut Perkara 153 Perlembagaan.

3. Saman menuntut hak peruntukan Sekolah-sekolah agama Islam mengikut Perkara 12 Perlembagaan.

4. Saman menuntut penggantian Tanah Rizab Melayu yang diambil Kerajaan tanpa digantikan.

5. Saman pengharaman UEC.

6. Saman Pindaan Perlembagaan 1993/94 tidak sah.

7. Saman pembatalan kewarganegaraan pendatang

Untuk memfailkan kesemua tindakan saman ini, dana minima yang diperlukan adalah sebanyak RM3 juta.

Oleh itu, saya memohon jasa baik Tuan/Puan untuk terus menyumbang ke Tabung Perjuangan Tindakan Undang-undang ini demi memastikan kesemua perancangan tindakan saman ini berjalan dengan lancar.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular dan semua tindakan undang-undang Perlembagaan lain kini boleh di masukkan terus ke akaun AA Network Resources seperti poster di bawah atau dibuat secara perbankan internet dengan mengetip pautan ini :-

https://buzzeazam.com/tabung-perjuangan/mencabar-keabsahan-sekolah-vernakular/

Sumbangan ini adalah saham perjuangan Tuan/Puan untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi oleh semua pihak.

Terima kasih atas sumbangan anda.

#RasisBeperlembagaan

#AkuTutupSekolahKau

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

0129770412

18 Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts