KEZALIMAN TERHADAP ORANG MELAYU DI KUNDANG – PUTRA

2.1k
SHARES
3.4k
VIEWS

1. Saya dan rombongan PUTRA telah menziarah mangsa-mangsa perobohan rumah di Kampung Melayu Kundang semalam.

2. Saya juga telah menerima salinan kesemua kertas saman yang difailkan kedua-dua pihak dalam tindakan ini dan berdasarkan fakta-fakta yang telah saya baca dan lihat berdasarkan hujah kedua-dua pihak, saya menyatakan faktanya seperti berikut :-

a) Penduduk telah meneroka tanah hutan tersebut untuk pertanian dan perumahan sejak tahun 1986.

b) Tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri dan tiada sebarang rancangan pembangunan dibuat di tanah tersebut pada tahun 1986.

c) Pada tahun 2010, wakil penduduk telah membuat carian dan rekod PTG tahun 2010 mengesahkan tiada pemilik berdaftar untuk tanah tersebut.

d) Dari tahun 1986, tiada sebarang larangan meneroka atau larangan membina penempatan di kawasan tersebut oleh Kerajaan Negeri.

e) Pada tahun 2010, penduduk memohon kepada PTG Gombak untuk memohon Tanah Kerajaan bagi tujuan pertanian.

f) Permohonan disokong Penghulu Mukim Rawang dan tiada sebarang penolakan permohonan diberikan PTG Gombak terhadap permohonan penduduk.

g) Bekalan api dan air juga diterima oleh penduduk sejak 1986 tanpa masalah dari pihak TNB dan SYABAS.

h) Pada tahun 2013, seorang penduduk telah membuat semakan pelan di PTG Gombak dan rekod PTG Gombak tahun 2013 berkenaan masih menunjukkan tanah tersebut masih tiada pemilik.

i) Pada pertengahan 2017, Wangsa Masyhur Sdn Bhd memfailkan permohonan milikan kosong Tanah dan Mahkamah memberi Perintah Pelaksanaan pada 5 Mac 2018.

j) WMSB mengaku telah memiliki tanah tersebut dari Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2002.

k) Walaubagaimanapun, penduduk mempersoalkan mengapa tiada maklumat pemilikan direkodkan di PTG Gombak pada tahun 2002 sedangkan semakan penduduk tahun 2010 dan 2013 masih tidak merekodkan sebarang milikan.

l) WMSB menyatakan penduduk telah menceroboh tanah mereka sedangkan fakta menunjukkan penduduk telah meneroka di situ sejak 1986 dan tiada sebarang notis larangan atau pagar dibina atas tanah tersebut oleh WMSB sejak 2002 hingga 2017.

ISU UNDANG-UNDANG

3. Benar pemilik tanah berhak untuk mendapatkan milikan kosong tanah mereka.

4. Tetapi kenapa baru dituntut sekarang? Selepas 17 tahun mereka dikatakan memilikinya?

5. Benarkan penduduk ini menceroboh tanah itu sedangkan PTG Gombak pun tidak pernah larang mereka meneroka dan menduduki tanah tersebut?

6. Kenapa hendak robohkan 13 buah rumah itu sekarang dan ada 60 rumah lagi bakal dirobohkan sedangkan pembangunan yang dirancang akan dibuat di sana hanya dijangka bermula tahun 2025?

7. Tidak bolehkan bersabar sedikit dan berunding secara elok sebelum dengan mudahnya rumah  yang mempunyai penghuni dirobohkan?

8. Jika haiwanpun akan marah sekiranya sarang mereka diganggu, maka adakah mereka ingat penduduk  yang terlibat ini wajar menyambut kehadiran jentolak dengan paluan kompang dan bunga manggar?

9. Semua ini adalah antara isu undang-undang yang akan dihujahkan saya di mahkamah nanti.

10. Seeloknya Kerajaan Negeri masuk campur dan bantu wujudkan situasi menang-menang di sini.

11. Jika kuil Hindu Seafield boleh pula Kerajaan Negeri bantu, malah keluarga bekas komunis di Serendah juga Menteri Besar sendiri turun serahkan geran, adakah Melayu di Kundang ni tiada maruah langsung sehingga dilayan sebegini?

12. Mereka ini bukan setinggan. Mereka teroka dan sudah memohon duduk secara sah di kawasan tersebut dan tiada sesiapa pernah melarang pendudukan mereka di sana selama ini.

13. Tiba-tiba sahaja datang dengan jentolak mahu roboh rumah orang.

14. PUTRA akan mempertahankan hak undang-undang penduduk Melayu Kundang ini sehingga ke titisan air liur terakhir.

18. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal telinga.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts