BUKAN MUDAH UNTUK PAKATAN HARAPAN BUBARKAN DEWAN RAKYAT

670
SHARES
3.6k
VIEWS

REALITI POLITIK NEGARA BAHAGIAN KEEMPAT

Di penghujung tahun 2019 ini, pelbagai kisah pergaduhan antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim.

Sebelum, ketika dan selepas Kongres 20 tahun PKR di Melaka, berlaku pergaduhan antara penyokong-penyokong Azmin dan Anwar.

Bukan setakat kata-mengata. Bukan setakat perli. Bukan setakat sindir.

Tetapi, pergaduhan yang besar dengan penumbuk dan sepak terajang. Sehinggakan ada yang cedera luka di kepala.

Satu situasi yang amat memalukan negara.

PM Dr. Mahathir mengambil pendekatan tidak akan campur tangan urusan parti PKR.

Dr. Mahathir kata, Kongres PKR tidak ada effect kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

Tiba-tiba tiga empat hari yang lalu, negara dikejutkan dengan tuduhan seks ke-3, terhadap Anwar Ibrahim oleh bekas penulis ucapan Anwar yang bernama Muhammed Yusoff Rawther.

Pihak Polis telah membuat kenyataan bahawa kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, terhadap Anwar Ibrahim.

Kes terkini terhadap Anwar ini memberikan andaian ada kemungkinan kes seksual Yusoff Rawther tersebut merupakan satu konspirasi terkini terhadap Anwar Ibrahim, oleh pihak yang tidak mahu melihat Anwar naik menjawat jawatan Perdana Menteri ke-8 dalam waktu terdekat ini.

Terkini juga, semalam Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersedia untuk mengundurkan diri sebagai PM dan memberi laluan kepada Anwar selepas Mesyuarat APEC 2020 pada bulan November 2020.

Bermakna, Dr. Mahathir bersedia berundur mulai Disember 2020.

Realitinya, sama ada ini akan berlaku atau tidak, hanya masa akan menentukannya.

Ada juga kemungkinan, 12 bulan dari sekarang, Anwar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan seksual ke-3 tersebut.

Mana mungkin bakal Perdana Menteri ke-8, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketika dia bakal berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah.

Di mana negara mahu meletakkan maruahnya di persada politik antarabangsa.

DR. MAHATHIR SERING DIRUNDUNG MALANG:

Terkini, Menteri Usahawan Pak Wan, kelihatan seperti seorang Menteri terbodoh dalam Kabinet Dr. Mahathir apabila ditegur oleh Ahli Parti Amanah di Mesyuarat Agung Amanah.

Juru cakap Parti Amanah tersebut berkata, projek kereta terbang Menteri Usahawan adalah projek paling tidak berguna (bodoh) dan memalukan Kerajaan PH.

Manakala Dr. Mahathir pula dengan rasa malu, menjelaskan bahawa projek kereta terbang tersebut sebenarnya ialah satu projek ‘super drone‘.

Menteri Usahawan tersilap pandang. Tidak tahu bezakan antara super drone dengan kereta terbang.

SUMBANGAN DANA POLITIK:

Negara juga dikejutkan dengan berita, Seorang Taikun Cina bernama Vincent Tan, kawan baik Dr. Mahathir, ahli perniagaan yang berjaya serta kaya, memiliki syarikat Berjaya Group dan Sports Toto, telah menderma 5 juta ringgit kepada Armada (Pemuda) Parti BERSATU yang diketuai oleh Syed Saddiq.

Negara tidak mempunyai satu undang-undang khusus untuk political donations (sumbangan politik).

Tetapi ketika Najib Razak terima sumbangan politik dari Kerabat DiRaja Saudi berjumlah 700 juta dollar, heboh satu Malaysia.

Duit datang dari mana?

Duit haram ke?

Duit 1MDB ke?

Pelbagai andaian, spekulasi dan tuduhan dilemparkan kepada Najib Razak.

Jumlah sumbangan kepada dana politik tersebut bukan merupakan ukuran.

Tetapi, 5 juta ringgit merupakan satu jumlah yang besar daripada seorang Taikun Cina yang berjaya.

RAKYAT INGIN BERTANYA:

Duit 5 juta ringgit ini datang dari mana?

Adakah duit 5 juta ringgit ini, duit haram. Duit dari perjudian Toto?

Apa timbal balik projek yang bakal Vincent Tan dapat dari PM Dr. Mahathir?

Projek apa atau lesen apa lagi yang Vincent Tan minta daripada PM Dr. Mahathir?

SYED SADDIQ MOHON JAWAB.

Rakyat tunggu.

Rakyat hendak tahu.

Bukan mudah untuk Kerajaan Pakatan Harapan bubarkan Dewan Rakyat kecuali pergaduhan antara Azmin dengan Anwar ini, menyebabkan PKR berpecah dan rebah.

Salam.

DSBA

11 Disember 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts