ISU DALAMAN PKR YANG TIDAK BERKESUDAHAN – DR. NOVANDRI

406
SHARES
2.4k
VIEWS

Tiba-tiba skandal video semburit kembali menjadi perbualan netizen. Pampers yang tidak bersalahpun jadi popular but for the wrong reason.

Terbaru! Pihak polis perlu ambil kenyataan Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin.

Zuraida Kamaruddin mendakwa Anwar Ibrahim pernah meyakinkannya bahawa Azmin Ali memang individu yang dirakam dalam video semburit beberapa bulan lalu.

Kerana video itu juga, Anwar mendakwa bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir pernah memintanya untuk memecat Azmin, kata Zuraida Kamaruddin.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai “tidak berguna”.

Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil pula adalah “budak hingus”.

Yang paling kelakar dan sangat menjatuhkan maruah apabila Zuraida label Ketua pemuda PKR Akmal Nasir sebagai yang “berhingus dan budak pampers”.

https://m.malaysiakini.com/news/502904

Akmal Nasir = budak pampers. Indirectly maksudnya pemuda PKR pun budak hampers.

Ketua Wanita PKR Haniza Talha pula kata tidak boleh kawal perbahasan macam mana nak mentadbir 30 juta rakyat.

Apakah kesudahan wayang puak PKR ini?

Tiada kesudahannya.

PKR akan tetap berpecah kepada ‘geng Anwar’ dan ‘kartel Azmin’. Alasannya standard dan sudah tidak laku iaitu ‘perbezaan pendapat diraikan’.

Tapi tiada siapapun yang berani untuk benar-benar menolak yang satu lagi terutamanya Anwar Ibrahim.

Anwar tidak cukup sokongan Ahli-ahli Parlimen dan masih bergantung kepada Ahli-ahli Parlimen PKR yang pro-Azmin untuk mengejar cita-citanya sebagai PM ke-8.

Tapi Konvensyen PKR kali ini telah menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim down in the toilet bowl.

Finale-nya, konflik semasa Konvensyen PKR ini dimenangi oleh ‘Azmin Ali dan kartel’ bukannya Anwar Ibrahim.

Azmin Ali yang terpalit dengan video semburit, mesyuarat malam di rumah, menteri pengiring, keenggannya untuk hadir mesyuarat parti dan lain-lain, boleh berubah kecaman daripada beliau kembali ke Anwar Ibrahim.

Tapi Azmin tidak boleh gembira sangat kerana video semburit masih dalam pegangan pihak yang mungkin akan menggunakannya kelak untuk mengawal Azmin pula.

Sekarang, Anwar Ibrahim yang nampak teruk, hilang kawalan dan kuasa di dalam partinya sendiri. Hari demi hari, Anwar Ibrahim semakin diragui kepimpinannya oleh ahli-ahli partinya sendiri. Bukan kerja parti lawan tapi orang dalam parti itu.

Rakyat sedang memerhati dan menilai. Jika parti sendiripun tidak terurus dan lintang pukang, bagaimana Anwar mahu mengurus negara?

Tidak pernah dalam sejarah yang menyaksikan hampir kesemua AJK Pusat parti yang dipilih memboikot Mesyuarat Tahunan parti. Begitu juga dengan ratusan perwakilan yang turut keluar dewan tanpa Anwar mampu buat apa-apa walaupun beliau Presiden PKR.

Penghinaan yang sangat teruk ini adalah kali kedua yang ditanggung oleh Anwar.

Yang pertama ialah ketika Dr Mahathir menceritakan segala terperinci mengenai aktiviti-aktiviti songsang dan maksiat Anwar kepada seluruh dunia. Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara.

Apakah game Anwar selepas ini?

Adakah Anwar masih mahu berdrama dengan sesi ceramah townhalls yang tiada nilai politiknya dan 30 minit berjumpa PM?

Apakah Anwar masih mahu naik turun jet, menumpang program isteri dan masih mengharapkan bulan (PM) jatuh ke riba?

Kita tidak akan terkejut jika satu hari nanti, Anwar akan hilang drive dan tidak akan lagi mengejar jawatan PM yang tidak kesampaian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts