DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP OMAR FAUDZAR

426
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

9 Disember 2019

Marah betul Lim Guan Eng terhadap Datuk Omar Faudzar, Ketua UMNO Bukit Gelugor.

Beliau arah DAP buat laporan polis terhadap Omar kerana membangkitkan isu pengundi hantu dari China.

Ini ekoran laporan Audit Negara 2018, mengenai sejumlah 76,258 daripada 79,799 pelancong China masih tidak keluar dari negara ini.

Kebimbangan Omar semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO 2019 ada asasnya.

20 orang telah ditahan kerana menjual kerakyatan kepada warga China. Mereka inilah yang menjadi pengundi hantu.

Kenapa double standard? Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pernah mendakwa wujud 165,000 pengundi hantu di Perak di PRU ke-14.

Bahkan pembangkang semasa PRU ke-13 pernah menuduh 43,000 pengundi hantu dibawa masuk dari Bangladesh. Mereka tubuh BERSIH sehingga merusuh di jalan.

Tetapi hingga kini setelah menjadi kerajaan, PH tidak pernah dapat membuktikannya.

Maka kenapa DAP perlu melatah, jika Omar mempersoalkan sikap berdiam diri DAP dalam isu pelancong China yang menghilang, dapat kewarnegaraan dan seterusnya menjadi pengundi hantu?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts