PEGUAM NEGARA: AZHAR, ANWAR, AZMIN?

85
SHARES
691
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

8 Disember 2019

Esok Peguam Negara akan memohon menggugurkan rayuan pembebasan Rafizi. Pegawai di pejabat AG pula akan dikenakan tindakan.

Sebelum ini Tommy melahirkan rasa terkejut apabila pejabatnya telah membuat rayuan kes pembebasan Rafizi.

Rafizi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan membocorkan maklumat bank di bawah Akta BAFIA.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan ikut amalan, rayuan akan dibuat secara automatik jika Peguam Negara tewas kes perbicaraan.

Sekarang ini siapa cakap bohong? The Edge Markets melaporkan Tommy akan merayu kes Rafizi kerana telah berbincang dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar pula menafikannya. Tommy Thomas juga menafikan beliau ada menyebut nama Azhar.

Adakah The Edge tersalah dengar atau Tommy tersalah sebut bahawa “Azhar” yang dimaksudkan itu ialah “Anwar”? Tidak mungkin “Azmin”.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan