PAU DAN KUNTAU – ANTARA LAUTAN MERAH DAN DAHI BERDARAH

67
SHARES
372
VIEWS

Kuntau atau ‘kuntao’ adalah terma bahasa Hokkien dalam memperkenalkan seni mempertahankan diri yang biasa digunakan di rantau Asia terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Manakala pau pula adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang diletakkan inti di dalamnya dan dikukus.

Kuntau pula popular dengan maknanya yang jelas bermaksud ‘jalan penumbuk’ iaitu ‘kun’ sebagai ‘jalan’ dan ‘tau’ sebagai ‘penumbuk’, yang memberi erti ‘way of fist‘ iaitu bertumbuk atau beradu adalah sebagai jalan penyelesaiannya.

Dalam senario politik Malaysia pula PAU diterjemahkan sebagai Persidangan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Putra World Trade Centre atau PWTC antara 4 sehingga 7 Disember, yang dihadiri oleh ribuan ahli UMNO dan para jemputannya dalam Muafakat Nasional seperti parti PAS, MCA, MIC dan juga pelbagai NGO dan NGOi.

Manakala KUNTAU atau ‘way of fist‘ pula diterjemahkan dalam Kongres Nasional AMK (Angkatan Muda Keadilan) PKR 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), yang dicemari dengan insiden pergaduhan sesama sendiri dalam kalangan ahli-ahli PKR yang tidak sepakat, jauh sekali untuk bermuafakat.

PAU 2019 dibanjiri oleh ribuan ahli-ahlinya yang memakai baju Melayu merah sebagai warna tradisi mereka, sehingga membentuk ‘lautan merah’ manusia di PWTC selama beberapa hari ini.

Manakala Kongres AMK PKR 2019 pula dicemari dengan insiden puluhan ahli-ahlinya yang bergaduh sesama sendiri, halang-menghalang dan tumbuk-menumbuk yang seolah-olah sudah menjadi tradisi mereka, sehingga terbentuknya bengkak dan mengalirnya darah merah di dahi, yang bakal kekal berhari-hari.

Justeru masyarakat boleh memilih mana satu yang disukainya iaitu bersama lautan merah di PAU ataupun menanti mengalirnya darah di dahi akibat KUNTAU.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan