TERNYATA KERAJAAN PH GAGAL SERLAH NARATIF ‘RAHMATAN LIL ALAMIN’

102
SHARES
460
VIEWS

Memberi maklum balas berkenaan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Mujahid Yusof bahawa terdapat pihak tertentu cuba menjaja naratif bahawa kerajaan hari ini tidak menjaga Islam, susulan penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019, MUAFAKAT ingin menegaskan bahawa memang benar kerajaan PH hari ini jelas gagal menjaga kesucian Islam.
 
2. Naratif ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang cuba dipromosikan Dr. Mujahid gagal kerana tidak berdasarkan kepada konsep dan pengisian yang sebenar.

3. Sebagai contoh, kita boleh lihat daripada peningkatan kes pemandu mabuk yang sejak kebelakangan ini semakin banyak dilaporkan, dan juga perubahan landskap HIV di Malaysia melalui laporan memberitahu peningkatan ini membimbangkan. Konsep ruang peribadi dan ruang awam yang cuba dipopularkan oleh kerajaan PH nampaknya telah memakan diri sendiri. Memetik laporan yang disiarkan Mstar, rujuk:
 
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/10/06/khalwat-bukan-urusan-kerajaan#sJc85ZSMX77h9Vqc.99
 
4. Dr Mujahid pernah mengungkapkan pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, namun begitu selanjutnya beliau berkata pula, jika dilakukan perbuatan itu di dalam kawasan pelaku tersebut, maka kerajaan tidak campur tangan. Apakah itu maksudnya dalam keharaman minum arak itu ada kehalalannya?

5. MUAFAKAT ingin memberi fokus bahawa aktiviti meminum arak yang disifatkan ruang peribadi nampaknya telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa yang bersifat ruang awam. Jadi mengapa tiada usul pengharaman pengambilan alkohol ini secara menyeluruh jika benar kerajaan PH mahu penegasan ruang peribadi dan ruang awam ini?

6. Kes pemandu mabuk membuktikan bahawa individu gagal bertanggungjawab terhadap pengambilan alkohol dan apabila kematian berlaku maka segalanya sudah terlambat.

7. Maka apabila terjadi kematian, sepatutnya ia bukan bersifat kebebasan peribadi untuk meminum arak lagi tetapi lebih kepada menjaga nyawa dan harta masyarakat awam. Sehubungan itu kerajaan sepatutnya campur tangan.
 
8. Sebelum ini Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han pernah berkata bahawa tidak ada peraturan melarang orang ramai minum arak di tempat awam di Selangor seperti larangan merokok. Ini kerana tidak terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara itu di peringkat Persekutuan atau negeri.

9. Justeru, MUAFAKAT ingin bertanya, di mana inisiatif Menteri Agama di dalam menerap nilai-nilai Islam di dalam perundangan, dasar dan polisi kerajaan semasa? Adakah sekadar ‘lip service‘?

10. Perkara yang sama boleh dikatakan terhadap perubahan landskap HIV di Malaysia yang berubah apabila hubungan seks songsang dan heteroseksual iaitu hubungan seks berlainan jantina kini menjadi golongan utama yang menghidap penyakit berkenaan berbanding dahulu ia kebanyakannya berpunca daripada suntikan.

Kenapa ia berlaku pada zaman pemerintahan PH?

11. Sekali lagi kerana golongan LGBT menganggap bahawa orientasi seksual merupakan ruang peribadi dan pihak kerajaan tidak akan campur tangan sekiranya mereka tidak mengumumkan secara terbuka orientasi seksual mereka itu.

Rujuk: https://www.youtube.com/watch?v=qJipzJwEPAM

12. Apa sudah terjadi dengan pertemuan Menteri Agama dan aktivis transgender Nisha Ayub?

Apakah pertemuan itu menguntungkan JAKIM bagi prospek dakwah atau menguntungkan LGBT kerana dilihat sebagai suatu pengiktirafan?

13. Belum pun selesai negara dibebani dengan isu-isu ini, timbul pula cadangan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam.

14. MUAFAKAT ingin mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memastikan bahawa wang zakat itu tidak digunakan untuk sesuatu yang tidak produktif seperti membeli minuman keras, dan berjudi kerana orang bukan Islam tidak mempunyai akidah dan nilai halal dan haram seperti orang Islam?

15. Mana nilai intelektual Datuk Seri Anwar dalam merenungi perkara ini sedalam-dalam dengan melihat berbagai sudut kesan dan akibat dari kenyataan yang ternyata tidak memenangi hati umat Islam tetapi lebih kepada memenangi hati bukan Islam.

Masya Allah!

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

Ketua Media MUAFAKAT

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan