NEGARA JADI LONGGOKAN PENGGANAS LTTE DAN KOMUNISME?

3.4k
SHARES
3k
VIEWS

Belumpun berlalu masa sebulan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menghantar “Memorandum: Selamatkan Malaysia Daripada Ancaman Pengganas” yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya di Parlimen, kta dikejutkan dengan isu bendera 5 bucu.

Kemudian isu abu mayat Chin Peng pengkhianat negara dan penderhaka kepada YDP Agong dibawa masuk ke dalam negara dan terbaru perhimpunan bekas-bekas pengganas komunis Cina rasis di Kajang dalam negara Malaysia ini.

2. Dan belumpun reda negara kita berasa bimbang dengan ancaman pengganas LTTE dari bangsa India, kini negara kita dikejutkan pula dengan satu lagi kumpulan pengganas yang jauh lebih ganas yang mempunyai sejarah yang amat buruk dan kejam terhadap orang Melayu dalam sejarah hitam negara sebaik selepas Jepun meninggalkan Malaya pada masa itu.

3. Seperti sedia maklum, kerajaan telah tolak kedua-dua kumpulan pengganas ini, tetapi hari ini kita berasa hampa dan amat kecewa apabila melihat kerajaan baru yang membawa pendekatan Rahmatan Lil Alamin dilihat sangat mesra kuffar, seolah-olah buta dan bisu apabila semakin mesra dengan kumpulan pengganas rasis ini.

Adakah kedua-dua kumpulan ini berada di atas undang-undang? Atau adakah kerajaan baru hari ini terdiri daripada Melayu pengecut yang melutut di hadapan pengganas Cina-India?

4. Isu terbaru yang mengenai komunis ini pula, dilihat seperti ada usaha-usaha dari pihak tertentu yang bersungguh-sungguh mahu mengangkat kumpulan pengganas ini sebagai pejuang negara apabila abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara, secara simboliknya seperti ada usaha untuk menghidupkan kembali ideologi komunis dan seolah-olah mereka tidak redha selama ini dengan corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang asasnya adalah Raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan Islam.

5. Jika benar seperti ini, MUAFAKAT melihat kecenderungan ini amat membahayakan kerana ia berpotensi tinggi boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara. Setidak-tidaknya negara masih aman dan tenteram walaupun kini kemakmuran ekonomi dan kebajikan pekerja semakin tidak stabil namun negara masih aman.

6. MUAFAKAT juga berasa amat bimbang jika perkara ini tidak dibanteras dengan tegas dan segera, negara bakal hancur sama seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. MUAFAKAT yakin dan percaya rakyat majmuk di dalam negara kita tentunya tidak mahu keadaan seperti itu berlaku di negara kita ini.

7. Justeru itu, MUAFAKAT menggesa supaya pihak berkuasa bersikap lebih tegas dalam menangani hal ini tanpa mengira kedudukan, sama ada rakyat biasa atau wakil rakyat sekalipun, sekiranya seseorang itu benar-benar didapati terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE dan juga Komunis.

Rakyat Makmur, Sejahtera Negara.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Naib Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts