KENYATAAN MEDIA PERKASA MALAYSIA MENGENAI ISU ABU MAYAT CHIN PENG

539
SHARES
2.8k
VIEWS

PERKASA percaya kenyataan berkaitan isu abu mayat Chin Peng oleh mantan Ketua Polis Negara Y.Bhg. Tan Sri Rahim Noor telah mengguris hati rakan-rakannya yang juga bekas aggota keselamatan negara dalam PDRM sepertinya dahulu yang masih hidup dengan kecacatan akibat keganasan komunis apabila mengatakan “yang sudah, sudahlah”, berkenaan bantahan-bantahan terhadap abu mayat Chin Oeng dibawa masuk ke negara ini.

Hujah TS Rahim kalau Chin Peng dibenarkan masuk kenapa abunya tidak boleh, sangat dangkal dari mulut seorang yang pernah menjawat jawatan nombor satu PDRM ini.

Ya, ikut perjanjian 1989, semua anggota PKM dibenarkan masuk (jika di luar) dan menjadi warganegara apabila telah menerima syarat-syarat damai dengan kerajaan Malaysia. Tetapi Chin Peng sendiri tidak mahu pulang dan tidak juga memohon menjadi warganegera Malaysia yang Merdeka ini apabila berpeluang untuk berbuat demikian pada tahun 1989.

Jadi kenapa pula sibuk nak benarkan abu mayat Chin Peng bukan warganegara ini dibawa masuk ke Malaysia? Ia seperti juga kalau seorang ketua tentera Jepun yang pernah berkhidmat di Malaya, yang begitu zalim terhadap warga Tanah Melayu, mati tua di Jepun dan abunya hendak dibawa ke Malaysia, apahal pula?

TS Rahim nak ambil hati siapa sebenarnya? Nak ambil hati kaum lain janganlah sampai guris hati bangsa sendiri yang sengsara hidup dengan kecacatan sehingga hari ini dan perasaan ahli-ahli keluarga mereka yang terbunuh di merata tempat dalam negara ini di tangan pengganas komunis termasuk anggota-anggota polis di Bukit Kepong dahulu.

Sudahlah Chin Peng itu bapa pengganas dan bukan rakyat Malaysiapun, kenapa pula hendak benarkan abu mayatnya dibawa masuk?

Sepatutnya abu Chin Peng itu ditaburkan di halaman rumah TS Rahim sahaja sebab beliau tidak kisah.

Sesungguhnya warga PERKASA keseluruhannya sangat kecewa dengan kenyataan TS Rahim tersebut.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA Malaysia

28 Nov 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts